KIS diperluas ke sekolah, IPT seluruh negara – Nie Ching

SANDAKAN – Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini diperluas ke sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara bagi membendung risiko penyalahgunaan internet dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kempen yang sebelum ini hanya menjurus kepada kesedaran umum kini menyasarkan murid sekolah rendah, pelajar menengah serta mahasiswa IPT kerana golongan ini turut aktif menggunakan internet sejak usia muda.

“Dahulu kita buat kempen kesedaran, tapi tidak masuk sekolah. Sekarang budak-budak pun guna internet, jadi kita perlu masuk ke sekolah dan kampus.

“Kita ada program berbeza ikut kumpulan sasaran dari sekolah rendah sampai ke IPT,” katanya kepada media selepas merasmikan program KIS di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew, di sini pada Selasa.

Tambah beliau, empat elemen utama yang ditekankan dalam KIS ialah buli siber, penipuan dalam talian dan perjudian, eksploitasi seksual serta perlindungan data peribadi dan literasi digital.

“Kita bukan sahaja mahu ajar mereka supaya tidak jadi mangsa buli siber, tetapi juga jangan jadi pembuli.

“Ramai tidak sedar bahawa tindakan mereka di internet itu sebenarnya boleh dikategorikan sebagai pembuli siber,” katanya.

Mengulas mengenai pendekatan program, Nie Ching menjelaskan bahawa aktiviti yang dijalankan disesuaikan mengikut peringkat umur pelajar agar lebih interaktif dan berkesan.

Setakat ini, sebanyak 53 sekolah melibatkan 11,839 peserta termasuk murid, guru dan ibu bapa telah menerima manfaat daripada program ini.

“Bagi bulan Mei hingga Ogos, MCMC menyasarkan untuk menjayakan program ini di 344 buah sekolah termasuk 64 sekolah di Sabah.

“Saya datang ke Sabah kali kedua minggu ini selepas melawat program di Tawau. Hari ini di Sandakan kami laksanakan di SRK Sung Siew melibatkan 120 murid Tahun 4 hingga 6.

“Kami sangat alu-alukan sekolah yang berminat untuk hubungi MCMC,” tambahnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut serta menyatakan komitmen strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membenarkan pelaksanaan program di sekolah-sekolah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, menyambut baik usaha kementerian dan MCMC menyatakan hasrat agar kempen itu diperluaskan ke semua sekolah di kawasan Sandakan dan seterusnya ke seluruh negara.

“Internet Selamat bukan sahaja penting untuk pelajar, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas yang turut menjadi pengguna aktif internet.

“Kita perlu bantu mereka kenal pasti kandungan palsu, akaun palsu, serta ancaman siber yang lain,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar program ini diperluas ke masjid-masjid dan komuniti setempat melalui kerjasama dengan jawatankuasa masjid serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memperluas kesedaran di peringkat masyarakat umum.

“Ancaman siber semakin kompleks termasuk penyebaran kandungan yang diubah suai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penipuan politik justeru pendidikan awal dan kolaborasi pelbagai pihak amat penting bagi memastikan keselamatan digital rakyat Malaysia.

“Internet ini sangat berkuasa. Kalau kita tidak tangani sekarang, saya bimbang ia akan jadi lebih serius pada masa hadapan,” ujarnya.

Related Posts

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Fokus dahulu masalah ekonomi, ketepikan konflik politik dan masalah peribadi – Anwar

Fokus dahulu masalah ekonomi, ketepikan konflik politik dan masalah peribadi – Anwar