Khutbah Jumaat Perak seru umat Islam lindungi nyawa di jalan raya

IPOH – Tindakan memandu secara berbahaya hingga mengancam nyawa orang lain bukan sahaja melanggar undang-undang jalan raya, malah dianggap perbuatan berdosa di sisi syarak.

Demikian inti pati khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertajuk “Pemanduan Berhemah – Amanah di Jalan Raya”, yang dibacakan di seluruh masjid dan surau Jumaat di negeri ini hari ini.

Khutbah itu menegaskan bahawa Islam sangat mementingkan keselamatan nyawa manusia, selari dengan prinsip Maqasid Syariah yang meletakkan penjagaan nyawa sebagai salah satu keutamaan utama.

Menurut teks khutbah tersebut, sikap pentingkan diri, tergesa-gesa ketika memandu, melanggar had laju, gagal mengawal emosi, memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah, kecuaian, serta penyalahgunaan lorong kecemasan dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan.

“Dalam Islam, sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan adalah dilarang, termasuk dalam konteks pemanduan,” jelas khutbah itu.

Keadaan jalan raya yang rosak turut dikenal pasti sebagai penyumbang kepada nahas, termasuk permukaan tidak rata, berlubang, berlopak, pencahayaan tidak mencukupi dan kekurangan tanda isyarat terutama pada waktu malam.

Khutbah berkenaan turut mengimbas dua insiden kemalangan maut baru-baru ini, iaitu kemalangan membabitkan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan dan nahas membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik.

“Tragedi kemalangan ngeri yang berlaku saban tahun mengakibatkan kesan mendalam – daripada kecederaan kekal, hilang upaya, kehilangan anggota badan, sehinggalah kematian.

“Ia bukan sekadar statistik, tetapi menyayat hati apabila ibu bapa kehilangan anak, anak kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri dan sebaliknya,” ujar khutbah itu lagi.

Justeru, umat Islam diseru agar memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan, memandu secara berhemah, serta mematuhi undang-undang jalan raya.

Pada masa sama, pihak berkuasa digesa mempertingkat penyelenggaraan jalan raya secara berkala dan memperketat penguatkuasaan undang-undang.

Khutbah turut menyeru pemilik serta pengusaha syarikat pengangkutan agar tidak terlalu mengejar keuntungan hingga mengabaikan aspek keselamatan.

“Pastikan had muatan dipatuhi, jadual kerja pemandu tidak membebankan, pemeriksaan kesihatan dilakukan secara berkala dan tindakan tegas diambil terhadap pemandu yang mempunyai rekod kesalahan jalan raya yang serius,” tegas teks itu.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah