KPKT tambah peruntuk RM200 juta, realisasi rancangan pembangunan negara di Sabah


KOTA KINABALU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Program Sentuhan Kasih menambah peruntukan sebanyak RM200 juta demi merealisasikan rancangan pembangunan negara khususnya di Sabah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Program Sentuhan Kasih KPKT ini merupakan kali ketiga diadakan dan bertujuan untuk meninjau status kemajuan projek-projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan MADANi dalam tempoh Rolling Plan 5 (RP5) Tahun 2025 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) di Sabah.

“Semalam (Khamis) kami berkesempatan untuk melawat projek-projek di bawah KPKT yang telah dirancang di Sandakan.

“Hari ini pula turun padang ke kawasan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu untuk melihat sendiri kemajuan kerja projek-projek di sini,” katanya sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Kunci Taman Program Residensi Rakyat (PRR) Putera Kiansom, pada Jumaat.



Menurut Nga, sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI untuk memperkasa kesejahteraan rakyat melalui fokus “Meningkatkan Kualiti Hidup Seluruh Rakyat Malaysia”, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan keseluruhan bernilai RM195.35 juta untuk perlaksanaan 48 projek pembangunan infrastruktur serta kerja baik pulih di Sabah.

“Sebanyak RM60.39 juta diperuntukkan bagi enam projek termasuk pembinaan tapak letak kereta di Foh Sang, Dewan Serbaguna di Ranau dan naik taraf Pasar Awam di Putatan.

“Selain itu, RM39.78 juta disalurkan melalui Bahagian Perancangan Perumahan untuk pembangunan 10 PRR dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di lokasi seperti Kionsom, Pitas, Lahad Datu, Kota Belud, Beaufort, Kibabaig, Sandakan, Kuala Penyu dan Tuaran.

“Sementara Itu, RM24.48 juta turut diperuntukkan untuk pembangunan Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya.

Tambahnya, KPKT turut memperuntukkan RM13.74 juta bagi pembangunan taman awam termasuk Taman Botani Kota Kinabalu serta Kajian Pelan Induk Majlis Daerah Keningau.

Katanya, sebanyak RM7.77 juta disalurkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah untuk pembinaan dan naik taraf Balai Bomba di beberapa daerah selain RM32 juta pula diperuntukkan di bawah JPSPN bagi projek pembinaan dan naik taraf tapak pelupusan sisa pepejal di Kayu Madang, Sandakan.

“KPKT juga memberi peruntukan RM7.53 juta bagi perlaksanaan Program Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah di Bandar serta dana penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam di sabah dan RM7.17 disalurkan untuk inisiatif penyelenggaraan perumahan di bawah TPPM dan PPP.

“RM2 juta juga bagi kerja naik taraf empat pasar awam di Sandakan termasuk Pasar Kim Fung, Sim Sim, Pasar Umum dan Elopura, manakala RM500,000 lagi bagi kerja mengecat Apartment Taman Singapore,” tambahnya.

Tegasnya, KPKT sentiasa komited bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara bagi merealisasikan pembangunan negara yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam