Ketagihan gajet melampau rosakkan emosi, perkembangan kanak-kanak prasekolah

KETAGIHAN terhadap peranti digital dalam kalangan kanak-kanak prasekolah semakin membimbangkan.

Fenomena ini merujuk kepada kebergantungan melampau terhadap gajet seperti telefon pintar dan tablet, yang memberi kesan negatif kepada perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak.

Kajian-kajian semasa menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan kepada skrin berpotensi menyebabkan gangguan tidur, kelewatan bahasa, masalah tingkah laku dan hubungan sosial yang lemah.

Justeru, usaha pelbagai pihak diperlukan untuk mengawal isu ini secara menyeluruh. Isu ini telah mendapat perhatian serius Kerajaan Selangor dan langkah pro aktif telah diambil bersama Persatuan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Negeri Selangor.

Presiden Persatuan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Negeri Selangor Mahanom Basri berkata, pihaknya telah mengambil pendekatan lebih kreatif dan berstruktur bagi memupuk semula minat anak-anak terhadap interaksi sosial dan pembelajaran secara langsung.

Jelasnya, antara pendekatan yang digunakan termasuk memperkenalkan sesi bercerita, aktiviti seni kreatif, permainan fizikal dan komunikasi dua hala.

“Kami ikut kurikulum seperti Kurikulum Permata Negara dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), tetapi pengusaha diberi fleksibiliti menambah nilai dengan pendekatan yang lebih dinamik.

“Kita mahu tarik minat anak-anak melalui aktiviti yang menyeronokkan, bukan hanya bergantung pada skrin,” katanya kepada Media Selangor, baru-baru ini.

Mahanom berkata, sesi bermain dan bercerita bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan kepada gajet, tetapi juga membantu perkembangan bahasa, emosi dan sosial kanak-kanak.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak dan remaja meningkat daripada 18.4 peratus pada 2016 kepada 47 peratus pada 2020.

Laporan 2024 pula menunjukkan 9 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia mengalami ketagihan media sosial.

Naib Presiden Persatuan berkenaan, Siti Ashiah Osman pula menjelaskan, ketagihan gajet menyebabkan sesetengah kanak-kanak sukar memberi tumpuan, lambat bertutur dan kurang bersosial.

“Anak-anak sekarang anggap gajet sebagai ‘kawan baik’. Ini sebab mereka terlalu lama di hadapan skrin dan kurang bergaul. Jadi, kami galakkan guru dan penyelia taska hadiri kursus untuk faham keperluan sebenar kanak-kanak,” katanya.

Siti Ashiah turut menyarankan agar ibu bapa memainkan peranan lebih aktif dengan menetapkan masa penggunaan gajet di rumah serta memastikan anak-anak mempunyai rutin yang seimbang.

Bagi pengusaha Tadika dan Taska Anjung Pelangi, Maimanah Sharaani, ketagihan gajet boleh menjejaskan tingkah laku anak hingga berlaku tantrum apabila diminta berhenti menggunakan peranti.

“Ada yang mengamuk jika tak dapat tengok kartun waktu tertentu. Jadi guru perlu bijak alih perhatian dengan aktiviti menarik seperti menyanyi, bermain peranan dan aktiviti luar bilik darjah.

“Kami percaya jika pendekatan di rumah dan taska selari, anak-anak akan lebih mudah pulih daripada kebergantungan pada skrin,” katanya.

Ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak prasekolah bukan sahaja memberi kesan kepada perkembangan awal kanak-kanak, malah turut berkait rapat dengan persekitaran keluarga dan gaya keibubapaan.

Justeru, intervensi yang menekankan kepada hubungan mesra ibu bapa-anak, pengawalan masa skrin, dan aktiviti fizikal perlu diberi keutamaan.

Kajian lanjut serta kerjasama antara sektor kesihatan, pendidikan dan keluarga amat diperlukan untuk menangani isu ini secara menyeluruh.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM