Semenanjung Malaysia bebas wabak anjing gila

KANGAR – Semenanjung Malaysia bebas daripada kes wabak anjing gila melibatkan manusia namun langkah pencegahan melalui program vaksinasi tetap diteruskan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Akma Ngah Hamid berkata, program vaksinasi wabak anjing gila atau rabies terus dilaksanakan di kawasan sempadan antara Malaysia dan Thailand seperti di Perlis.

“Vaksinasi kawasan sempadan dengan jarak kawalan antara 50 hingga 80 kilometer dilakukan bagi memastikan wabak anjing gila yang terdapat di negara jiran tidak menular ke Malaysia.

“Buat masa ini, tiada kes rabies melibatkan manusia dilaporkan di Semenanjung Malaysia, namun program vaksinasi anjing dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan kawasan sempadan kekal bebas daripada ancaman penyakit ini.

“Kami juga melaksanakan vaksinasi untuk kucing,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Rabies Sedunia peringkat negeri Perlis di sini hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Sementara itu, Dr Akma turut menyatakan bahawa terdapat enam kematian melibatkan manusia akibat rabies dilaporkan di Sarawak setakat tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat penyakit tersebut kepada 74 orang sejak tahun 2017.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit