Kesedaran membayar hutang harus dipertingkat – Fahmi

PUTRAJAYA – Organisasi media terutamanya Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diminta untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab membayar hutang termasuklah hutang pinjaman pelajaran.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, setiap peminjam bertanggungjawab untuk membayar semula pinjaman yang telah dibuat termasuk pinjaman melibatkan agensi-agensi kerajaan, selain kesedaran dalam meningkatkan ibadah pada bulan Ramadan.

“Berdasarkan beberapa perbincangan yang pihak kementerian telah adakan termasuk dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta kes-kes viral seperti sitaan premis atau rumah  yang dimiliki oleh usahawan yang membuat pinjaman Majlis Amarah Rakyat Malaysia (MARA). 

“Kita lihat menjelang Ramadan kita perlu tingkatkan usaha untuk menanam dalam sanubari rakyat terutama bagi mereka yang sebenarnya dalam keadaan mampu membuat bayaran.

“Maka wajar mereka melaksanakan tanggungjawab membayar semula hutang-hutang termasuk PTPTN, MARA dan sebagainya. Ia adalah hasil daripada siri perbincangan serta kes-kes berprofil tinggi yang kita saksikan dalam media sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Himpunan Bulanan Kementerian Komunikasi.

Fahmi berkata, beliau dimaklumkan bahawa lebih kurang 10,000 peminjam PTPTN tegar masih belum membayar hutang pinjaman yang telah dibuat.

“Bagi anggota penjawat awam memang struktur bayaran atau gaji ketika ini telah dimasukkan elemen pembayaran bagi pinjaman PTPTN sebagai contoh tapi bagi orang awam mungkin kita perlu tingkatkan kesedaran juga peringatan.

“Jumlah untuk setiap individu itu mungkin tidaklah besar tetapi kalau dikumpulkan ia adalah jumlah yang signifikan dan diperlukan untuk meneruskan program PTPTN,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, kementeriannya masih dalam peringkat kajian mengenai rasionalisasi agensinya, seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani isu pertindihan fungsi dan menjimatkan dana negara.

“Kita ada teliti (berkaitan rasionalisasi). Hal ini sedang diteliti secara terperinci oleh Datuk KSU (Ketua Setiausaha) dan juga agensi-agensi. Belum lagi masanya untuk saya sebutkan langkah-langkah kerana masih pada peringkat kajian pada waktu ini,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi tadi, dilaporkan berkata usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Anwar berkata, usul itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam melaksanakan reformasi institusi yang harus dilaksanakan.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM