JKOM disaran bantu tangani penjawat awam biadab, keluar kata kesat di media sosial

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) diminta membantu mencari pendekatan holistik dan komprehensif agar tiada lagi penjawat awam menjadikan media sosial sebagai medium untuk mengkritik serta menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya meluahkan kekecewaan apabila media sosial digunakan secara meluas oleh penjawat awam untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan biadab sehingga mewujudkan kegusaran dalam kalangan masyarakat awam.

Sehubungan itu katanya, program berskala besar perlu dilaksana demi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam tentang kepentingan mempunyai nilai budaya tinggi yang mencerminkan kualiti perkhidmatan ditawarkan kepada rakyat lebih efisien.

“Sebagai penjawat awam, kita ada etika
sebagai penjawat awam, etika disiplin tertentu seperti yang pernah diberi peringatan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Kadang kala ada individu merasakan mereka boleh berselindung di sebalik akaun palsu dan peribadi selain merasakan apa ditulis di ruangan komen tidak memberi apa-apa kesan.

“Bagaimanapun, sebenarnya komen-komen mereka (penjawat awam) masukkan sekiranya melanggar tata etika dan disiplin penjawat awam, maka tindakan boleh diambil. Di sini, saya melihat JKOM dengan kerjasama Akademi Kenegaraan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apa mereka boleh lakukan.

“Ini dilihat perlu bagi meningkatkan kefahaman serta kesedaran dalam kalangan penjawat awam khususnya dalam isu komen (biadab dan kasar) di media sosial,” katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa;
Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop;  Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Pada 4 Oktober lalu, penjawat awam diingatkan supaya tidak membuat sebarang pernyataan yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh kementerian atau jabatan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, jika disabitkan kesalahan dan mengingkari mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai awam terlibat.

Katanya, pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang sebarang isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

“Larangan berkaitan perkara berkenaan dinyatakan dalam Peraturan 19(1) dan 19(2) di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara tersebut boleh merujuk kepada contoh kes dalam Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam melalui pautan,” kata Shamsul Azri.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM