Kesan kekalahan di Nenggiri, Presiden Pas sanggup tuduh PH-BN Dajal

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumpamakan kerajaan hari ini yang terdiri dari gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) seperti Dajal.

Majlis Ulama UMNO (MUU) juga turut menzahirkan kekesalan tersebut sebagai keras dan kasar ditampilkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai lebih ‘dajal’ daripada Dajal.

Naratif politik sebegitu dlihat akan mengulangi siri pertembungan yang tajam khususnya antara penyokong dan ahli PAS dan UMNO pada awal 80-an menerusi cetusan amanat dan ucapan politik yang merosakkan persaudaraan Islam selama puluhan tahun sehinggalah diredakan menerusi Muafakat Nasional pada 2019.

“Politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar lautan dan tidak dijadikan ikutan generasi baru masyarakat Malaysia.

“Umum umat Islam mengenali susuk dajjal menerusi Hadis Rasulullah SAW sebagai lambang kekufuran dan kefasikan yang mengelirukan umat manusia dan menguji serta merosakkan keimanan mereka dengan pembohongan dan kejahatan sebelum akhirnya dibunuh oleh Nabi Isa alaihissalam di akhir zaman sebelum Qiamat.

“Ia sangat tidak wajar dipalitkan sesama muslim yang bersaing secara sihat di arena demokrasi Malaysia,” menurut MUU dalam satu kenyataan hari ini.

Hadi Awang mendakwa kerajaan membeli rakyat dengan wang dan kebendaan supaya menyokongnya, pada masa yang sama menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang diwajibkan mengikut agama dan amalan demokrasi.

Beliau juga menyebut banyak kepimpinan UMNO hari ini meninggalkan parti itu dan menyertai Pas yang berjuang demi agama, bangsa dan tanah air, laksana Muhajirin dan Ansar yang akhirnya bersatu wadahnya.

Justeru, MUU mengajak semua pihak untuk menghiasi politik demokrasi dengan akhlak Islam dan menjunjung peringatan Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 11.

“Maksudnya: ‘Wahai orang-orang beriman, janganlah ada satu kelompok mempersendakan satu kelompok yang lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan.

“Dan janganlah para wanita mempersendakan wanita-wanita lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan.

“Dan janganlah kamu mencela diri sendiri dan janganlah kamu gelar-menggelar dengan gelaran buruk.

“Seburuk-buruk nama adalah kefasikan selepas keimanan. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah sebenar-benar orang-orang yang zalim,” tambah kenyataan itu.

Related Posts

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan segera bagi mengimbangi impak lonjakan harga diesel yang semakin memberi kesan rantaian pelbagai peringkat. Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis