Kes HFMD di Johor kini melebihi paras amaran

JOHOR BAHRU – Johor menunjukkan peningkatan membimbangkan bagi kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) apabila melonjak sehingga 17.1 peratus dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, ia sekaligus menjadikan kes jangkitan itu berada pada tahap tinggi dengan melebihi paras amaran sejak awal tahun ini berbanding tahun 2023 dan 2024.

“Sebanyak 1,687 kes direkodkan dalam Minggu Epid (ME) ke-18 tahun ini, berbanding 1,441 kes pada minggu sebelumnya. Kumulatif kes HFMD Johor sehingga ME 18 2025 pula kini sebanyak 11,551 kes.

“Dalam masa sama, 400 kes dikesan daripada 3,202 orang individu yang terdedah dengan julat kadar serangan dari 3.9 hingga 42.9 peratus.

“Kluster HFMD pada ME 18 2025 membabitkan lima kluster menjadikan kumulatif sebanyak 79 kluster HFMD di Johor ketika ini. Ia membabitkan 26 tabika, 20 prasekolah, 18 taska, 13 tadika dan masing-masing sebuah sekolah rendah serta rumah persendirian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, tindakan pencegahan seperti aktiviti disinfeksi premis, pendidikan kesihatan dan aktiviti pemantauan masih berjalan dan kini giat dilakukan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) juga and telah mengeluarkan dua surat amaran pada 11 Mac lalu kepada semua pengarah hospital, pegawai kesihatan selain pengusaha dan guru taska, tadika serta prasekolah dan pengusaha taman permainan kanak-kanak di negeri ini.

“Majoriti kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak enam tahun ke bawah iaitu 9,396 kes (81.3 peratus), diikuti kumpulan usia 7 hingga 12 tahun iaitu 1,853 kes (16.0 peratus), manakala selebihnya berusia 13 tahun ke atas.

“Memandangkan kebanyakan penularan berlaku di institusi penjagaan atau pendidikan kanak-kanak, JKNJ mahu semua pengusaha institusi mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

Beliau berkata, pelajar dikesan bergejala perlu diasingkan sementara menunggu ibu bapa atau penjaga membawa pulang atau mendapatkan rawatan selain melaporkan segera gejala tersebut kepada Pejabat Kesihatan Daerah.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi