Saya akan buat keputusan terbaik – Nurul Izzah

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menghormati segala pandangan dan sokongan penuh daripada pemimpin parti itu bagi bertanding dalam pencalonan Timbalan Presiden PKR.

Menerusi satu kenyataan, Nurul Izzah berkata, situasi ini memerlukan beliau membuat keputusan terbaik dalam mempertimbangkan cadangan itu sekali gus mengambil kira semua faktor.

“PKR sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan, tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia.

“Saya akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden serta jawatan peringkat pusat lain akan mula dibuka esok sehingga Jumaat ini, secara dalam talian.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, beliau turut menghargai sokongan serta pandangan akar umbi yang mahukan dirinya bertanding jawatan nombor dua parti itu.

“Setulusnya, saya menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi untuk saya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

“Kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan PKR secara bersama di kala suka dan duka. Insya-Allah,” katanya.

Majoriti pimpinan PKR peringkat cabang, negeri serta pusat menyatakan sokongannya supaya Nurul Izzah mencalonkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Related Posts

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan slogan ‘Sabah for Sabahan’ oleh rakyat negeri ini. “Saya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

KUCHING – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan reformasi pendidikan yang sebenar bermula dari bilik darjah dan bukan sekadar perubahan dasar besar semata-mata. Menurut beliau, sambutan Hari Guru bukan sekadar perayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi