Kerajaan sentiasa terbuka terima cadangan tambah baik institusi penting negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan bersifat terbuka dalam menerima cadangan mengenai penambahbaikan proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebarang pandangan melibatkan proses reformasi institusi penting dalam negara ini sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

“Semestinya kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima pandangan daripada pelbagai pihak untuk menambah baik sama ada perundangan atau pun proses, demi membawa reformasi kepada institusi penting dalam negara kita,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya sama ada Kabinet berbincang mengenai tempoh perkhidmatan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan beliau berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

Terdahulu, media melaporkan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata, tempoh perkhidmatan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, memberi peluang kepada kerajaan untuk mendemokrasikan proses pelantikan untuk jawatan itu.

C4 dilaporkan berkata, proses pelantikan jawatan itu sudah lama dikritik memandangkan budi bicara untuk melantik dan memecat, dipegang oleh Perdana Menteri.

Jelasnya, ia berisiko mewujudkan pertimbangan politik dalam mempengaruhi individu yang bakal dilantik.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat