Kerajaan MADANI komited laksana reformasi institusi kehakiman

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha pentadbirannya untuk reformasi pelantikan kehakiman akan diteruskan meski ketika ini terdapat cabaran undang-undang terhadap kesahan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2009.

Perdana Menteri berkata demikian selepas peguam, Syed Amir Syakib Arsalan Syed Ibrahim memfailkan semakan kehakiman dengan alasan Akta SPK bercanggah dengan perlembagaan.

Anwar berkata, kerajaan mempertahankan kesahan akta itu, namun menghormati proses undang-undang dan tidak akan campur tangan berhubung permohonan semakan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak boleh mengabaikan kebimbangan berhubung akta itu yang dibangkitkan sekian lama.

“Persoalan ini bukan sesuatu yang boleh diketepikan dan ia menuntut penelitian serius dari sudut dan lensa undang-undang, institusi dan Perlembagaan.

“Sehubungan itu, sementara kerajaan akan mempertahankan kesahan Akta SPK di mahkamah, saya menzahirkan komitmen reformasi Kerajaan MADANI meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja SPK, selaras dengan semangat pembaharuan institusi.

“Kajian semula ini melibatkan rundingan bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kehakiman, Majlis Raja-Raja, Majlis Peguam dan pertubuhan masyarakat madani (NGO), dengan matlamat memperbaiki sebarang kelompongan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti sistem keadilan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebarang reformasi dibawa kelak akan menyemangati prinsip Perlembagaan, yakni memelihara doktrin pengasingan kuasa, menjunjung sistem Raja Berperlembagaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Hanya dengan asas kukuh ini, kita dapat memastikan kestabilan jangka panjang dan sistem demokrasi negara kekal terjamin,” tambahnya.

Beliau menjelaskan, kebimbangan sudah dibangkitkan mengenai struktur, komposisi dan pengaruh SPK ke atas pelantikan kehakiman.

Terdahulu, Syed Amir dilaporkan sedang memohon pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kuasa diberikan kepada SPK bertentangan dengan perlembagaan, khususnya Perkara 122B, yang menggariskan proses melantik hakim ke Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Beliau dilaporkan berhujah bahawa Akta SPK mengganggu proses perlembagaan dan kebebasan kehakiman dengan membenarkan perdana menteri dan pegawai kerajaan mempengaruhi pelantikan kehakiman, yang bertentangan dengan piawaian antarabangsa bagi badan kehakiman bebas.

Syed Amir juga memohon perintah mahkamah untuk memaksa perdana menteri dan kerajaan mengikuti proses pelantikan kehakiman yang betul, tanpa campur tangan SPK.

Sementara menunggu penyelesaian kes itu, beliau menggesa mahkamah membenarkan penangguhan sementara bagi semua pelantikan kehakiman yang dibuat mengikut Akta SPK 2009, sehingga mahkamah menyelesaikan sepenuhnya isu itu.

Isu itu timbul ketika Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dijadual bersara Jun ini.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi mana-mana kuasa luar untuk mengambil alih kawalan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta mampu diuruskan sepenuhnya oleh negara serantau. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa