Kerajaan sedia ekosistem untuk pihak industri lakukan inovasi

PUTRAJAYA – Kerajaan bertanggungjawab mewujudkan ekosistem yang membolehkan pihak industri berinovasi dan berkembang maju dalam era digital, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, walaupun kerajaan mengiktiraf kepentingan teknologi, tetapi ia sedar industri memerlukan blok binaan dan peralatan untuk membolehkan penggunaan serta pembangunan teknologi.

“Ia penting kerana kita sentiasa bercakap mengenai membina ekosistem yang akan memberi manfaat dan memperkasakan industri.

“Akhirnya, kita bercakap mengenai cara untuk memperkasakan industri supaya mereka boleh memanfaatkan ekosistem ini yang kita bina untuk menyampaikan teknologi yang kita perlukan supaya kita dapat melihat penyelesaian kepada masalah masa lalu yang boleh diselesaikan teknologi hari ini,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Kepimpinan Kecerdasan Buatan (AI) di Kuala Lumpur, hari ini.

Gobind turut memaklumkan, Kementerian Digital ditubuhkan untuk membangunkan strategi bagi bidang utama seperti infrastruktur, keselamatan, kepercayaan dan bakat dalam segmen digital.

Beliau berkata, walaupun kerajaan akan menyokong pertumbuhan industri, ia masih memerlukan garis panduan dan cadangan daripada industri untuk membina ekosistem itu.

“Saya hampir pasti jika semua bekerjasama, ia akan memastikan kita bukan saja membina ekosistem yang akan membantu setiap orang daripada kita, tetapi akhirnya kita juga memastikan tiada siapa akan ketinggalan dalam dunia baharu transformasi digital baharu yang kita semua sering bincangkan dengan penuh keterujaan,” katanya.

Persidangan anjuran Asia School of Business itu menghimpunkan perintis AI global, pemain industri, inovator serantau dan penggubal dasar untuk meneroka masa depan kepimpinan dalam dunia yang dikuasakan AI.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan