Kerajaan peruntukkan RM5.376 bilion tingkat hasil padi negara

JERLUN – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.376 bilion untuk meningkatkan produktiviti hasil padi negara termasuk membangunkan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu akan dibangunkan secara berfasa dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion seperti yang diumumkan pada Pembentangan Belanjawan Madani 2025 pada 18 Oktober lalu.

“Kita buat projek ini secara keseluruhan RM5 bilion, kita segerakan fasa pertama dan perlu yakinkan pesawah boleh dilakukan.

“Kerajaan perlu amanah dalam melaksanakan tugas. Apabila saya bersara nanti, semua usaha ini mestilah terus dijalankan.

“Kita tidak boleh mengabaikan kebajikan pesawah kerana mereka adalah tulang belakang kepada sektor makanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika meluncurkan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda di Kampung Pida 4, Ayer Hitam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, antara salah satu cadangan utama bagi pembangunan projek itu ialah membangunkan prasarana pengairan, termasuk menaik taraf sistem tali air dan Empangan Pedu yang mempunyai kepentingan besar.

Katanya, kerajaan terpaksa mendapatkan kepakaran dari negara yang mahir dalam sistem perparitan dan tebatan banjir.

“Kita terpaksa mendapatkan kepakaran dari Netherland, salah satu negara paling mahir dalam sistem perparitan dan tebatan banjir.

“Perbelanjaan untuk ini perlu disegerakan bagi memastikan pengairan sawah padi lebih terjamin. Kita telah merangka satu pelan jangka panjang dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1 bilion untuk fasa pertama projek ini,” jelas beliau.

Perdana Menteri berkata, peruntukan RM1 bilion untuk satu kawasan bukan lah jumlah yang kecil dan hal ini tidak boleh diremehkan.

“Seperti juga masalah tebatan banjir jika tidak diselesaikan, ia bukan sahaja merosakkan tanaman tetapi juga menjejaskan kehidupan rakyat,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh