Kerajaan Pahang serius lakukan pemutihan di Cameron Highlands

KUANTAN – Kerajaan Pahang telah melaksanakan program pemutihan tanah pertanian dengan melibatkan sebanyak 78 blok atau 5,526.291 hektar (13,655 ekar) tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) di Cameron Highlands.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program pemutihan itu dilakukan menerusi program skim sewaan tanah pertanian Pahang Corporation Sdn Bhd (Pahang Corp) bagi menggantikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bermula tahun 2020.

“Program ini bertujuan mengurangkan ketirisan kutipan hasil kerajaan negeri, selain memudahkan pekebun membayar sewa atau caj berkaitan kepada Pahang Corp.

“Penyelarasan dan pematuhan segala peraturan yang sedang berkuat kuasa oleh jabatan dan agensi berkaitan – sebelum, semasa dan selepas tempoh sewaan – seperti pematuhan syarat pembangunan tanah bagi kawasan cerun dan larangan menyewakan semula atau melepaskan hak penggunaan tanah kepada mana-mana pihak lain termasuklah kepada warga asing,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Wan Rosdy menjelaskan, setiap pengusaha kebun juga perlu memenuhi syarat Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MYGAP) dan pematuhan syarat larangan memasuki kawasan rizab hutan simpan, sungai dan jalan.

“Sehingga 30 Jun lalu, status pelaksanaan pemutihan adalah seramai 1,661 penama (4,570 ekar) telah dikemaskini dalam data maklumat pekebun.

“Manakala sebahagian tanah dengan keluasan 995 ekar telah diusahakan melebihi LPS asal dan 3,566 ekar lagi sedang diproses untuk kelulusan permohonan baharu.

“Dari keseluruhan tanah tersebut, 6,915 ekar telah diukur untuk dikemas kini dalam data maklumat pekebun,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, kutipan sewaan tahunan dari tahun 2020 sehingga 31 Jun lalu berjumlah RM51.2 juta berjaya dikutip kerajaan negeri.

Katanya, baki tunggakan dari penyewa yang culas membuat bayaran sewaan pula berjumlah RM37.8 Juta.

“Kerajaan negeri turut memberi amaran keras kepada pekebun yang melanggar syarat sewaan, termasuklah kesalahan menyewakan semula atau melepaskan hak penggunaan tanah kepada mana-mana pihak lain termasuklah kepada warga asing.

“Mereka yang terbabit akan berhadapan tindakan penguatkuasaan termasuk pendakwaan oleh jabatan dan agensi berkaitan,” tegasnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti