Sarawak guna teknologi pengurusan sisa sampah sebagai sumber tenaga baharu

KUCHING: “Kita memerlukan teknologi baharu untuk menukar sisa sampah kepada sumber tenaga yang boleh diperbaharui,” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kata Abang Jo ketika berucap sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Kuching ke-36, beliau mahu pengurusan sisa sampah dapat dilakukan dengan lebih efisien dan efektif.

“Penduduk di Kuching semakin bertambah dan semestinya sisa sampah juga akan bertambah.

Oleh itu, pengurusan yang baik amat diperlulan bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Datuk Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Tuan Haji Hilmy Othman berkata DBKU mempunyai pelbagai perancangan untuk menyasarkan bandaraya rendah karbon seiring dengan halatuju kerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mampan menjelang 2030.

“Pada masa sekarang, Sarawak sudah pun mempunyai kenderaan hidrogen (kereta dan bas),” ujar beliau.

Tambah beliau, mungkin lebih banyak lagi kenderaan di negeri ini akan menggunakan hidrogen pada masa akan datang.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti