
KUCHING – 10 kenderaan mengalami kerosakan selepas dilanggar oleh wanita warga emas berusia 80 tahun dengan kereta pacuan empat roda (SUV) yang dipandunya hilang kawalan ketika cuba meletak kenderaaan sekitar jam 9.45 pagi hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, pemandu wanita tersebut, ditemani oleh suaminya yang sedang duduk di kerusi penumpang, mencuba untuk memakir kenderaannya dan dipercayai telah tersilap menekan pedal minyak dan bukannya brek.
Akibatnya, kenderaan tersebut memecut naik ke atas bahu jalan dan laluan pejalan kaki sebelum melanggar kereta-kereta yang diparkir di hadapan deretan kedai.
Walaubagaimanapun kejadian tersebut masih dalam siasatan.