Kerajaan Negeri Perak peruntuk RM200,000 bagi program tangani salah guna dadah

GERIK – Kerajaan Negeri Perak komited dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dan satu peruntukan khas sebanyak RM200,000 disalurkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi Program Menangani Penyalahgunaan Dadah untuk tahun 2025 ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, selain Johor, Perak merupakan negeri yang mempunyai peruntukan khas kepada agensi Persekutuan dalam usaha membasmi permasalahan itu.

Ujarnya, melalui inisiatif tersebut, ia secara tidak langsung membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri dalam usaha berterusan membasmi gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini.

“Peruntukan yang disalurkan kerajaan ini menunjukkan peri pentingnya ia ditangani bersama.

“Isu benteras penyalahgunaan dadah ini tiada noktah. Perlu melibatkan usaha semua pihak, baik daripada peringkat kepimpinan negeri, ketua-ketua jabatan sehingga ke anggota masyarakat.

“Jika tiada usaha, dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial dan masyarakat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Training of Trainers Community Empowerment anjuran AADK Hulu Perak di Dewan Mahkamah Syariah Gerik, di sini.

Turut hadir, Ketua AADK Hulu Perak, Mohamad Hafiz Mohd Idris dan Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood.

Dalam masa sama, Salbiah berkata, peranan ibu bapa juga amat ditagih dan diperlukan dalam memainkan peranan penting dalam memastikan golongan muda terutama anak-anak bebas daripada sebarang pengaruh negatif berkaitan dadah.

“Dalam setiap program AADK, ada pameran berkaitan jenis-jenis dadah ini dan antara lain sebagai usaha memberi pendedahan sama kepada ibu bapa.

“Sebagai contoh, terdapat kes anak membawa air ketum ke sekolah. Luaran dilihat seperti teh biasa. Namun ada ibu bapa yang tidak tahu.

“Harap ibu bapa sekurang-kurangnya lebih cakna dan dapat membendung isu penyalahgunaan dadah dalam masyarakat dengan lebih awal,” tegas beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, turut meminta agar setiap keluarga dapat menangkis stigma negatif pihak luar sekiranya mendapati unsur penyalahgunaan bahan terlarang itu berlaku dalam kalangan ahli keluarga mereka.

“Agensi kerajaan seperti AADK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia membantu kepada mereka yang berhadapan masalah terutama berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM