Kerajaan MADANI komited pelihara hak Sabah dan Sarawak — Ismail

KERAJAAN MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa komited untuk memelihara hak Sabah dan Sarawak selaras mengikut Perlembagaan dan Rukun Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, perkara ini bagi memastikan kedua-dua negeri tersebut berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Menurut Ismail, usaha ini bukan sahaja menjadi antara agenda utama Kerajaan MADANI, malah turut diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif yang menzahirkan kesungguhan kerajaan dalam menjayakan prinsip kesaksamaan antara negeri dan wilayah di Malaysia.

“Antara perkara yang sentiasa menjadi agenda utama kerajaan MADANI yang dipimpin oleh PMX ialah bagaimana untuk mengangkat Sabah dan Sarawak supaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, serta merasai bahawa kita ini adalah sebuah negara bangsa yang satu, yang diikat dalam bingkai kesatuan melalui Perlembagaan dan Rukun Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan politik semasa Sabah dan sentimen kenegerian yang sering timbul menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Katanya, walaupun isu-isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerap dijadikan modal politik setiap kali pilihan raya berlangsung, pendekatan rakyat kini lebih menjurus kepada pelaksanaan sebenar perkara yang telah dipersetujui.

“Percayalah, kali ini perbincangan itu akan lebih menjurus kepada bagaimana perkara-perkara yang telah kita persetujui dahulu, ketika bersetuju untuk bersama, telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail turut menzahirkan keyakinan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak kini semakin jelas bahawa perpaduan dalam bingkai negara bangsa Malaysia perlu dipelihara dan diperkukuh, bukan hanya dengan slogan, tetapi menerusi tindakan dasar yang konkrit.

“Kini kita juga ada Rukun MADANI yang memperkukuh dasar nilai bersama. Retorik politik semata-mata, termasuk isu MA63 tanpa pelan pelaksanaan yang jelas, tidak lagi menjadi modal politik yang laku,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar satu hari nanti tokoh dari Sabah juga dapat diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan negara, selepas ini muncul tokoh besar dari Sarawak.

“Terserah kepada warga Sabah untuk membuktikan kesediaan dan kesetiaan mereka untuk terus bersama dalam kesatuan bangsa ini. Insya-Allah, masa itu akan tiba,” katanya lagi.

Justeru, Ismail turut menyeru semua pihak agar tidak terus-menerus memainkan sentimen kenegerian secara sempit, sebaliknya menumpukan kepada agenda pembangunan dan pemerkasaan Sabah dan Sarawak secara inklusif dan berteraskan nilai bersama.

Related Posts

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 10 rakyat negara ini yang kini ditahan tentera Israel.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa