UMNO Kalabakan cadang tubuh Unit Pembangunan Timur Sabah pantau manfaat Ambalat

TAWAU – UMNO Kalabakan mencadangkan penubuhan Unit Pembangunan Pantai Timur Sabah di bawah Kementerian Ekonomi atau Petronas agar manfaat Blok Ambalat sampai kepada akar umbi.

Ketuanya, Samasuddin Yusop berkata, langkah itu bagi memastikan hasil dan kerjasama strategik bukan sekadar perbatasan maritim antara Malaysia-Indonesia tetapi kini menjadi simbol harapan baharu untuk masa depan rakyat Pantai Timur Sabah.

“Kami tidak mahu Sabah, khususnya Kalabakan dan Tawau sekadar menjadi laluan keluar hasil negara. Sudah tiba masanya hak dan suara rakyat Pantai Timur diperkasa.

“Isu Ambalat bukan isu sensasi politik. Ia peluang emas yang wajib dimanfaatkan untuk menjana masa depan lebih cerah kepada warga Kalabakan dan Tawau,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Samasuddin menyambut baik usaha diplomasi dua hala antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Indonesia untuk meneroka potensi pembangunan bersama di kawasan kaya dengan sumber minyak dan gas tersebut.

Justeru, beliau menekankan pentingnya kerajaan Sabah dan wakil rakyat Pantai Timur dilibatkan secara langsung dalam sebarang rundingan atau pelaksanaan projek pembangunan berkaitan kawasan itu.

“Kita menyatakan sokongan terhadap usaha diplomatik yang mengukuhkan hubungan serantau, namun tegas menolak sebarang bentuk pengabaian terhadap hak Sabah dalam perkara ini.

“Kami menolak retorik. Kami memilih pendekatan rasional dan strategik demi rakyat Kalabakan, demi Tawau dan demi Sabah secara keseluruhan,” katanya.

UMNO Kalabakan turut menyeru supaya sebarang pelaburan atau aktiviti eksplorasi di Ambalat memberi keutamaan kepada anak tempatan.

Ia termasuk menyediakan peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas, latihan teknikal dan TVET serta penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan industri.

Related Posts

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

ISTILAH ‘jenayah kopiah putih’ kini semakin menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia merujuk kepada kegiatan penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh individu atau organisasi yang berselindung di sebalik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

JOHOR BAHRU – Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya sekiranya mahu menukar kerajaan, bukannya dengan cara ‘menebuk atap’ iaitu budaya politik yang mencacatkan demokrasi. Ketua Angkatan Muda Keadilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital