‘PMX terbuka terima pandangan anak muda’

TINDAKAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih pendekatan berhemah dan terbuka dalam menangani isu mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang membakar karikatur dirinya baru-baru ini, disifatkan sebagai satu teladan kepimpinan matang dan berjiwa besar.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, respons spontan Anwar itu jelas memperlihatkan kefahaman beliau terhadap semangat aktivisme yang menjadi fitrah golongan muda.

“Saya ingin sebut bahawa ini merupakan reaksi spontan Perdana Menteri apabila menerima berita tentang demonstrasi tersebut. Kita tahu budaya demonstrasi bukan suatu kebiasaan bagi mahasiswa di Sabah. Namun, Perdana Menteri tidak terus menghukum, sebaliknya memilih pendekatan mendidik,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Menurut beliau, pendekatan Anwar yang tidak terburu-buru mengambil tindakan disiplin ke atas mahasiswa terbabit memperlihatkan kepekaan terhadap masa depan anak muda.

“Beliau memberikan arahan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pihak universiti supaya tidak diambil tindakan yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Ini penting, kerana zaman muda itu adalah fasa untuk mencuba, untuk belajar daripada pengalaman,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan bahawa tindakan mahasiswa tersebut, meskipun dilihat provokatif, seharusnya difahami dalam konteks keinginan golongan muda untuk menyuarakan pandangan dan meluahkan keresahan mereka.

“Jiwa anak muda adalah jiwa ‘anti-establishment’. Mereka tidak suka dikongkong, dan sentiasa ingin mencabar kebiasaan.

“Namun, cara kita menangani dan melayani semangat ini penting agar ia tidak mencetuskan ketidaktenteraman awam atau menggugat kestabilan politik,” katanya.

Tambah beliau, Perdana Menteri sendiri pernah melalui fasa perjuangan dan aktivisme pada usia muda, dan justeru itu memahami psikologi dan semangat anak muda masa kini.

“Sebab itu beliau turun padang dalam siri Temu Anwar di UMS dan di kampus-kampus di Sabah, memberi ruang secara terbuka kepada mahasiswa untuk berdialog dan menyampaikan pandangan,” ujarnya.

Ismail turut menyatakan bahawa reaksi Perdana Menteri terhadap demonstrasi itu lebih matang berbanding sebahagian tokoh politik lain yang dilihat mengambil pendekatan keterlaluan.

“Apa yang menarik, selepas insiden itu, tular luahan seorang bekas mahasiswa dari universiti di Semenanjung yang pernah dibuang universiti pada zaman pentadbiran terdahulu. Beliau menzahirkan penghargaan kepada PMX kerana tidak menzalimi masa depan mahasiswa hari ini,” katanya.

“Sebagai orang yang pernah turun ke jalanan, saya akui bahawa selepas demonstrasi, yang paling dinantikan ialah reaksi daripada pihak yang disasarkan. Dalam kes ini, reaksi PMX sangat positif, iaitu menerima kritikan dengan dada terbuka,” jelasnya.

Beliau turut menyeru agar semua pihak, khususnya pentadbiran universiti dan kementerian berkaitan, lebih memahami dinamika generasi muda dan mengelakkan tindakan keras yang boleh memadam semangat idealisme mereka.

Pada Jun lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Perdana Menteri tidak mahu mahasiswa UMS yang terlibat dalam insiden membakar karikatur beliau baru-baru ini dibuang universiti.

Menurut Zambry, Anwar berpandangan meskipun tindakan mahasiswa itu mencetuskan kontroversi, masa depan dan pengajian mereka perlu diberi keutamaan berbanding dikenakan hukuman yang terlalu keras.

Related Posts

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah
  • SitiSiti
  • July 14, 2025

CANSELOR Jerman, Friedrich Merz, pada Ahad mengkritik keras rancangan Israel untuk memindahkan penduduk Palestin ke sebuah kawasan penempatan sementara yang dibina di atas runtuhan bandar Rafah, selatan Gaza. Dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka