Kenapa Mufti WP mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya’irah Maturidiyah?

SEMUA mazhab fiqah yang majoriti (Hanafi, Maliki dan Syafie) di Mesir dan Afrika Utara, negara-negara wilayah Syam (Palestin, Jordan, Syria, Lubnan), Indo-Pakistan dan Nusantara adalah beraliran Asya’irah atau Maturidiyah dari segi akidah, kecuali segelintir kecil dari negara tertentu.

    Mazhab fiqah yang berpegang kepada akidah aliran Imam Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi adalah mazhab-mazhab yang utuh dengan rujukan usul mazhab, syarah mazhab, kaedah mazhab, furu’ mazhab dan takhrij furu’ ‘ala usul mazhab.

    Setiap fatwa dalam mazhab-mazhab itu berakar umbi, usul ke furu’. Mazhab-mazhab itu mempunyai kitab-kitab rujukan usul, syarah, kaedah, furu’ dan takhrij furu’, ibarat pohon yang berakar, berbatang, bercabang, beranting sampai ke bunga dan buah.

    Dengan metodologi yang teratur itu, fatwa yang dikeluarkan sangat berdisiplin, bukan tiba-tiba keluar ‘buah’ fatwa bernama fatwa Salafi tanpa mazhab.

    Mufti Wilayah Persekutuan (WP) mesti mencerminkan negara kita yang sederhana. Tidak sepatutnya seorang mufti berdarah panas mudah mengeluarkan kenyataan. Ataupun seorang mufti yang hanya melontarkan pandangannya kemudian terus keluar majlis tanpa sudi mendengar pandangan mufti-mufti lain. Jika hal itu terjadi dalam sebuah persidangan mufti atau ulama antarabangsa sudah tentu ia memalukan rakyat dan negara ini.

    RUU Mufti WP tiada elemen memaksa satu pendapat ke atas rakyat dalam WP. Negeri-negeri yang muftinya sudah disyaratkan bermazhab Syafie dan beraliran Asya’irah tidak kedengaran pula ada rakyatnya ditangkap atau rumahnya digeledah kerana disyaki memiliki buku mazhab lain.

    RUU Mufti WP mesti disokong untuk mengelakkan individu berkelulusan agama tanpa manhaj atau metodologi tersusun seperti disebutkan di atas tadi, dilantik memimpin kefatwaan dalam WP dan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

      *Artikel disesuaikan daripada penulisan di akaun Facebook Abu Mishkat

      Related Posts

      Politik agama menuntut disiplin ilmu, bukan kontroversi

      KONTROVERSI melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Salleh baru-baru ini sekali lagi membuka perbahasan besar mengenai tanggungjawab pemimpin politik yang membawa imej agama dalam wacana awam…

      Lebih lanjut

      teruskan membaca
      Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

      DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

      Lebih lanjut

      teruskan membaca

      Perlu dibaca

      Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

      Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

      Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

      Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

      HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

      HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

      Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

      Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

      RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

      RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

      Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

      Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas