Kelantan paling teruk urus hasil hutan

KOTA BHARU – Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) menyelar tindakan kerajaan Kelantan meluluskan 54 projek penerokaan hutan membabitkan lebih 13,000 hektar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sejak dua tahun lalu.

Pengerusinya, Hafizudin Nasarudin bagaimanapun berkata, perkara itu tidak mengejutkan memandangkan sejak dahulu lagi situasi pembukaan hutan di Gua Musang adalah teruk.

Katanya, KUASA yang juga badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar dan sudah bekerja lebih 10 tahun di daerah itu turut mendakwa dari segi pengurusan hutan, Kelantan adalah negeri paling teruk di Semenanjung.

“Jika dahulu di Gua Musang pembalakan dilakukan secara terpilih, namun sekarang pembalakan dibuat secara tebang habis… sama ada pembukaan ladang baharu, lombong atau kuari.

“Kemusnahan hutan di Gua Musang termasuk Nenggiri amat dahsyat. Jika dilihat di Kuala Betis, beratus lori keluar masuk setiap hari.

“KUASA sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang dianggap tidak pernah mendengar desakan NGO.

“Sudah tentu kami membantah sekeras-kerasnya kelulusan hutan berkenaan yang boleh menimbulkan banyak masalah pada masa akan datang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Semalam media melaporkan terdapat 54 kelulusan penerokaan hutan membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar dikatakan diluluskan kerajaan Kelantan sejak 2022 di kawasan DUN Nenggiri.

Pendedahan dibuat Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN), Mohd Syahbuddin Hashim itu turut menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri.

Katanya, berdasarkan rekod kemasukan permohonan kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), pihaknya mengesan 54 kelulusan baharu penerokaan hutan atas pelbagai maksud seperti ladang hutan, pengkayaan hutan dan lombong di kawasan Gua Musang yang kebanyakan dilakukan di kawasan Ulu Nenggiri.

Mengulas lanjut, Hafizudin berkata, masalah kemusnahan hutan di Gua Musang semakin membahayakan dan sudah membabitkan nyawa penduduk.

“Berapa ramai penduduk mati disebabkan dibaham harimau… pada masa sama penduduk berdepan ancaman gajah disebabkan habitat mereka semakin sempit.

“Justeru, untuk ribuan kalinya kami memohon kerajaan negeri tidak meluluskan pembalakan secara tebang habis dalam kawasan hutan simpan sebaliknya hanya melakukan pembalakan terpilih.

“Banyak kesan berlaku sekiranya dilakukan tebang habis… termasuk sungai tercemar, tanah runtuh dan berlaku banjir lumpur,” katanya.

Related Posts

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

PUTRAJAYA –  Bank Negara Malaysia (BNM) terus mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus, mencerminkan pendirian dasar monetari yang kekal menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028