Kedutaan Malaysia di Tehran kembali beroperasi

NEW YORK – Kedutaan Malaysia di Tehran yang digantung sementara ekoran ketegangan Iran–Israel pada Jun lalu kini dibuka semula dan berjalan seperti biasa.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar telah kembali bertugas di Tehran selepas pulang ke tanah air seketika melalui penerbangan dari Ashgabat, Turkmenistan ketika konflik tercetus.

“Penutupan sementara kedutaan telah pun selesai. Duta besar kita sudah kembali ke Tehran dan operasi berjalan seperti biasa. Kita berharap tiada lagi konflik berlaku.

“Sekiranya berlaku ketidaktentuan di Asia Barat, kesannya bukan sahaja dirasai di Asia Tengah, malah seluruh dunia termasuk Malaysia turut menerima tempiasnya walaupun berada jauh,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025 di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai status Kedutaan Malaysia di Iran yang ditutup sementara selepas serangan udara tanpa provokasi rejim Zionis ke atas wilayah republik itu pada Jun.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel, menyebabkan Kementerian Luar mengambil langkah membawa pulang rakyat Malaysia termasuk duta besar, kakitangan kedutaan serta keluarga mereka melalui laluan Ashgabat, Turkmenistan ke Bangkok, Thailand sebelum kembali ke tanah air.

Untuk rekod, Malaysia menubuhkan kedutaan di Tehran pada tahun 1970, manakala Iran membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1981.

Related Posts

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

PUTRAJAYA – Pengambilan doktor dan jururawat baharu akan tetap diteruskan meskipun kerajaan melaksanakan langkah penyelarasan perbelanjaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, terdapat salah tafsir berhubung cadangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

PUTRAJAYA – Malaysia masih berada dalam kedudukan kukuh dari segi bekalan minyak dan gas berbanding negara ASEAN lain, namun tidak terlepas daripada kesan kenaikan harga di peringkat global, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng