‘Kedutaan AS perlu sedar, jangan lupa ini tanah air Malaysia’

KUALA LUMPUR – Jalan Tun Razak di ibu negara petang Khamis bergema dengan laungan takbir ‘Allahuakbar’ dan ‘Hancur Israel’ susulan Himpunan Sumud Flotila yang diadakan sebagai solidariti dan protes terhadap sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Himpunan yang dianjurkan oleh Yayasan Mawaddah itu dilihat menyatukan pemimpin dari pelbagai parti politik sebagai satu suara menyatakan kecaman dan bantahan terhadap tindakan rejim Zionis.

Apa yang tidak disangka, hasrat yang disuarakan oleh himpunan itu dilayan umpama sampah selepas tiada wakil daripada Kedutaan Amerika Syarikat mahu menerima memorandum bantahan menuntut tiga perkara berhubung isu Palestin dan sekatan Misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Rata-rata peserta yang ditemui The Malaysia Press (TMP) meluahkan kekecewaan sikap AS yang tidak melayan suara rakyat Malaysia dan sikap itu perlu dihentikan apatah lagi Malaysia tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Peniaga kedai haiwan, Muhammad Adi Putra Rosli, 18, nekad menyertai himpunan solidariti itu semata-mata untuk memberikan mengecam tindakan zionis Israel yang menahan sukarelawan GSF dari Malaysia.

“Geram… saya sangat marah bila dapat tahu aktivis dari Malaysia ditahan oleh Zionis Israel. Apa salah mereka, setahu saya sukarelawan dibenarkan untuk menghantar bantuan ke negara-negara memerlukan.

“Sebab itu, saya hadir ke sini untuk bersama rakyat Malaysia yang lain memberi sokongan agar AS, rakan sekutu kepada Israel buka mata, ambil tindakan kepada Zionis,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Bagi usahawan, Syed Ahmad, 38, Israel secara jelas melanggar dan tidak menghormati undang-undang antarabangsa apabila melakukan tindakan menahan aktivis misi kemanusiaan GSF ke Gaza.

“Saya datang untuk tunjuk kebersamaan dengan rakyat Palestin dan rakan-rakan kita khusus rakyat Malaysia yang ditahan pagi tadi.

“Saya sangat sedih apabila rakan-rakan perjuangan kita ditahan namun apa di sebalik positif yang boleh kita luahkan adalah himpunan sebenarnya buat kita lagi semangat bawa suara Palestin,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata, meskipun notis yang dikeluarkan untuk berhimpun dibuat dalam waktu yang singkat iaitu pagi tadi, namun ramai yang hadir memberikan sokongan dan dukungan yang besar bersama-sama mengutuk tindakan rejim Zionis.

“Rakyat Malaysia pada hari ini sedang mengikuti perkembangan perjalanan Global Sumud Flotilla ke Gaza, dan hari ini kita dapat lihat manifestasi kebangkitan rakyat yang cintakan keamanan dan cakna kebajikan rakyat di Gaza dan kezaliman Israel.

“Kita juga dapat melihat dalam himpunan ini semua pimpinan parti politik hadir walaupun berbeza fahaman namun tetap bersatu hati menentang penindasan di Gaza,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan menuntut tiga perkara berhubung isu Palestin dan sekatan misi GSF.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera Israel yang menahan 23 rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF).

Mengesahkan perkara itu, Anwar berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawat dari Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi memaklumkan perkara tersebut.

Beliau menegaskan, tindakan Zionis itu kejam kerana keprihatinan sukarelawan adalah atas prinsip kemanusiaan mahu membantu rakyat Gaza yang lemah, kelaparan dan sakit melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petronas bagi mempertingkat kerjasama sektor tenaga antara Malaysia dan Australia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza