Poster kartun promosi Tawau sempena VM2026 sasar pelancong China

TAWAU – DAP Tawau memperkenalkan poster pelancongan eksklusif yang menampilkan hidangan ikonik dan lokasi menarik di daerah ini dalam bentuk ilustrasi kartun bagi menarik pelancong khususnya dari China menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) DAP Tawau, Yap Wui Lip berkata, inisiatif ini untuk membantu merancakkan industri pelancongan tempatan yang sebelum ini lebih banyak tertumpu ke Semporna berbanding Tawau walaupun ramai pelancong China tiba melalui pintu masuk Lapangan Terbang Tawau. 

“Poster ini kartun dan sangat menarik kerana memaparkan makanan-makanan terkenal dan juga tempat menarik di Tawau. 

“Kita menyasarkan dahulu pelancong China jadi dalam versi pertama ia berbahasa Cina tetapi selepas ini kita akan buat lagi satu versi poster berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya kepada media selepas pelancaran poster Tawau di Lapangan Terbang Tawau (LTT), di sini, pada Khamis. 

Wui Lip yang juga Ahli Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkata, kebanyakan pelancong China akan menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari lokasi makanan dan pelancongan.

“Mereka cari dan pergi sana lalu ambil gambar dan post di media sosial mereka. Jadi benda ini akan membantu mereka mengenali Tawau dan tularkan di media sosial.

“Jadi secara langsung atau tidak langsung pelancong atau penduduk China sendiri akan tahu,” ujarnya. 

Menurut Wui Lip, dianggarkan kira-kira 70,000 pelancong China memasuki pintu LTT dan dengan kempen sedemikian, beliau yakin peningkatan pelancong akan bertambah akan datang. 

“Perkara ini ditambah lagi dengan pengumuman kerajaan mengenai projek naik taraf LTT bernilai RM120 juta oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini dan Tawau yang dilabel sebagai ‘Syurga Makanan’. 

“Dengan naik taraf ini, dalam tempoh tiga tahun, Tawau dijangka lebih bersedia menerima kemasukan pelancong antarabangsa melalui pertambahan penerbangan dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam selain laluan domestik,” katanya. 

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Datuk Ng Suee Lim memuji inisiatif DAP Tawau dalam memastikan pelancongan terus diperkasa. 

“Selain terkenal dengan destinasi pelancongan dan kepelbagaian gastronomi, Sabah turut mempunyai satu keunikan yang wajar diketengahkan kepada dunia iaitu budaya kepelbagaian yang harmoni, inklusif dan sederhana.

“Di Sabah khususnya Tawau, kita dapat lihat keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum dan agama. 

“Elemen inilah yang menjadi tonggak kepada integrasi perpaduan negara. Jadi model Sabah, model Sarawak jadi ikutan. Kami akan belajar,” jelasnya.

Related Posts

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000