Majlis Haul ke-30 Allahyarham Tun Datu Mustapha disambut penuh penghayatan

KOTA KINABALU – Majlis Haul Ke-30 Tahun Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun berlangsung penuh penghayatan dengan kehadiran pemimpin tertinggi negeri Sabah dan tetamu kehormat di Masjid Negeri di sini pada Khamis.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri Toh Puan Faridah Tusin sebagai tetamu kehormat utama menyerikan suasana majlis.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Acara dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sabah, Ustaz Suhaidi Kuanting Al-Hafiz.

Seterusnya, Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, mengetuai bacaan doa untuk Allahyarham Tun Datu Mustapha dan memohon keberkatan, kesejahteraan buat negeri Sabah serta rakyat khususnya.

Majlis turut diselitkan dengan tazkirah ringkas bertemakan ‘Perjuangan Tun Mustapha’ oleh Mufti Negeri Sabah bagi memperingati jasa dan pengorbanan tokoh besar dalam membangunkan Sabah.

Selepas itu, jemaah turut beramah mesra dengan para pemimpin serta menikmati hidangan yang disediakan.

Acara selesai sepenuhnya pada pukul 9.00 malam dengan suasana penuh harmoni dan kesyukuran.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan