Kebebasan, akauntabiliti media diperkukuh melalui akta baharu

PENGUATKUASAAN Akta Majlis Media Malaysia mulai hari ini merupakan bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam merealisasikan agenda reformasi institusi negara, khususnya dalam memperkukuh kebebasan dan kebertanggungjawaban media.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, dalam satu kenyataan berkata bahawa penggubalan dan pewartaan akta tersebut menandakan satu langkah bersejarah yang positif untuk landskap kewartawanan di Malaysia.

“Akta Majlis Media Malaysia ini merupakan suatu langkah reformasi institusi yang penting dan bermakna, bukan sahaja untuk para pengamal media, tetapi juga untuk demokrasi negara. Ia menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama memastikan kebertanggungjawaban pihak media terhadap masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, penguatkuasaan akta ini membawa perubahan ketara daripada kerangka campur tangan kerajaan kepada kerangka kawal selia kendiri atau self-regulation.

Ini membolehkan aduan dan ketidakpuasan hati terhadap pelaporan media diselesaikan melalui satu mekanisme penyelesaian dalaman yang akan diwujudkan di bawah Majlis Media Malaysia.

“Dengan akta ini, kebergantungan kepada sistem kehakiman sama ada melalui saman sivil atau pendakwaan jenayah, bagi menguruskan aduan berkaitan media akan dapat dikurangkan. Begitu juga tindakan terhadap badan dan pengamal media atas talian melalui undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia wajar diminimumkan,” katanya.

Syahredzan yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP turut menegaskan bahawa penubuhan Majlis Media ini merupakan pelaksanaan kepada salah satu janji manifesto ‘Kita Boleh’ Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun begitu, beliau mengingatkan kerajaan agar tidak berhenti setakat ini sahaja dalam usaha reformasi media.

“Kerajaan perlu meneruskan reformasi dengan membuat semakan semula ke atas undang-undang yang berpotensi menyekat kebebasan media, termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, supaya lebih selaras dengan semangat kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mengumumkan penguatkuasaan rasmi Akta Majlis Media Malaysia 2025 yang berkuat kuasa bermula hari ini, bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah