Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat

IPOH – Seramai 1,586 mangsa banjir daripada 498 keluarga di tempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah di Perak.

Daerah terbabit adalah daerah Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian dan Mualim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, hari ini, setakat jam 8 malam pada Isnin, jumlah berkenaan meningkat berbanding 1,398 orang mangsa yang dicatatkan pada jam 4 petang tadi.

Jelas jurucakap tersebut, daerah Kuala Kangsar merekodkan mangsa paling ramai dipindahkan dengan 691 orang daripada 239 keluarga.

Mereka ditempatkan di tiga buah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah, Dewan Pandak Hamzah, Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah sekitar Sungai Siput.

“Manakala daerah kedua tertinggi di daerah Mualim melibatkan seramai 580 orang daripada 160 keluarga.

“Kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Kampung Batu 14, SK Slim River dan SK Kuala Slim,” katanya.

Sementara daerah Hulu Perak pula merekodkan 211 mangsa daripada 65 keluarga di dua buah PPS iaitu SK Kerunai serta SK Pahit.

“Akhir sekali daerah Kerian mencatatkan seramai 104 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman, Bagan Serai,” ujarnya.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan Sungai Perak di Kuala Kenderong Hulu Perak telah melepasi paras bahaya dengan bacaan 112.10 meter setakat jam 7 petang tadi.

Begitu juga paras air di Empangan Chenderoh mencatatkan bacaan 60.47 meter. Pelepasan terkawal sedang dilaksanakan sebagai prosuder menurunkan air empangan ke paras selamat.

Orang ramai terutamanya penduduk yang tinggal berdekatan sungai dinasihatkan untuk melakukan persediaan sebarang kemungkinan akibat kenaikan paras air Sungai Perak secara mendadak.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan