Pelajar perubatan UMS terharu dapat bantuan teruskan pengajian

KOTA KINABALU – Pelajar baharu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nor Fasha Natashya Abdul Rahim berasal dari Tawau menzahirkan rasa terharu kerana keprihatinan pelbagai pihak, dia dapat meneruskan pengajian di UMS.

Anak keempat daripada lapan beradik itu berkata, pada mulanya terpaksa menolak tawaran pengajian itu disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.

“Bapa saya sudah meninggal dunia, ibu saya tidak bekerja kami memang mengharap bantuan kebajikan daripada kerajaan.

“Tapi alhamdulillah saya dapat perhatian daripada pihak-pihak yang tertentu untuk membantu saya meneruskan pengajian dan mencapai cita-cita saya.

“Saya sangat bersyukur sebab ada pihak yang berbesar hati untuk membantu saya sebagai seorang pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan,” kongsinya ketika ditemui di Bangunan Canselori UMS, pada Isnin.

Nor Fasha berkata, sebelum ini dia juga ada merancang mahu menangguhkan pengajian selama setahun dan bekerja dahulu untuk mengumpul duit yuran pengajian.

“Bukan saya tidak mahu sambung belajar, mahu sambung, saya cuma mahu menangguhkan pengajian saya selama setahun.

“Tangguh pengajian satu tahun, saya akan cari kerja dan kumpul duit untuk bayar yuran kerana kita tahu kos program perubatan pun agak tinggi perbelanjaannya.

“Tapi disebabkan mendapat bantuan-bantuan ini, saya bersyukurlah dapat mengikuti pengajian tahun ni,” katanya lagi.

Menurutnya, dia akan belajar bersungguh-sungguh kerana sedang membawa harapan besar keluarga memandangkan dia yang pertama dalam keluarga berpeluang menyambung pengajian ke universiti.

Sementara itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang juga Canselor UMS turut berkenan menyampaikan sumbangan berupa komputer riba kepada Nor Fasha.

Selain itu, beliau turut menerima bantuan perbelanjaan termasuk pembayaran yuran pendaftaran kemasukan ke UMS.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Setiausaha Perhubungan kepada Tun Juhar, Datuk Mohd Rashid Mohd. Tahir yang hadir menyampaikan sumbangan komputer riba kepada Nor Fasha dan juga Chrisnanalina Jumis berasal Paitan mengikuti program Perladangan Hutan dan Perhutanan Tani dari Fakulti Perhutanan Tropika.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan itu ialah Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan