Jual sabun pencuci tiruan, dua premis diserbu KPDN dengan nilai rampasan RM7,104.27

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, merampas 393 unit sabun pencuci tiruan dengan anggaran RM7,104.27 dalam dua serbuan berasingan melibatkan dua premis di negeri ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya melakukan serbuan di dua premis perniagaan di Seri Iskandar di Perak Tengah dan Taiping.

Ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu, serbuan itu dilakukan selepas hasil maklumat dan aduan oleh wakil pemilik cap dagang.

Menurut pengadu kedua-dua premis tersebut disyaki menjual sabun pencuci berjenama terkenal yang disyaki tiruan.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita telah menemui sebanyak 393 unit sabun pencuci yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.

“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas semua sabun pencuci itu dan disyaki premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM7,104.27,” katanya.

Jelas Kamalludin, Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dikenakan iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang suatu cap dagangan berdaftar dipakai dengan salah.

Tambah beliau, sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM15,000 bagi setiap barangan sekiranya orang tersebut merupakan pertubuhan perbadanan.

Manakala jika bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

“KPDN ingin mengingat dan menegaskan agar peniaga tidak menjual barangan tiruan.

“Ini kerana tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggar Akta Cap Dagangan 2019,” tegasnya.

Ujar beliau lagi, selain melindungi hak pengguna, KPDN turut memandang serius dalam melindungi hak pemilik cap dagang melalui pemantauan dan risikan berterusan ke atas premis yang menjual barangan berjenama.

Ia bagi membenteras penjualan barang tiruan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing terutamanya di Perak.

  • Related Posts

    Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

    Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

    Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

    Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

    Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

    DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

    DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

    10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

    10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

    Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

    Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

    Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

    Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis