JAIPk gantung sementara tugas empat imam, tidak baca teks khutbah Jumaat disediakan

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertindak menggantung sementara tugas empat imam di negeri ini berkuatkuasa pada 6 Februari selepas kesemua mereka didapati tidak membaca teks Khutbah Jumaat yang disediakan jabatan tersebut pada 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah JAIPk, Zakaria Abd Razak berkata, ketetapan tersebut telah diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Negeri Perak 2018 dimana turut melibatkan sekatan elaun perkhidmatan.

Ujarnya, kemungkinan Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang pada awal Ramadan ini bagi memutuskan sama ada kesemua imam terlibat akan ditamatkan perkhidmatan atau dikenakan tatatertib lain.

“Tindakan yang mula berkuat kuasa 6 Februari itu melibatkan imam masjid di Parit Buntar, Kuala Kangsar serta masing-masing dua di Teluk Intan.

“Tempoh gantung tugas ini bergantung kepada tarikh Jawatankuasa Tatatertib bersidang dan kita menjangkakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada awal Ramadan.

“Ia bagi memutuskan sama ada imam terbabit akan ditamatkan perkhidmatan atau dikenakan tindakan tatatertib,”katanya.

Beliau berkata ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) di Taman Tasek Jaya, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Muhammadiah, Datuk Dr Fadzil Cheah Abdullah.

Hasil siasatan yang dijalankan JAIPk mendapati keempat-empat imam terbabit membaca teks khutbah dari pihak berkuasa agama lain serta teks lama.

“Ada yang membaca teks Khutbah Jumaat dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JAIPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan teks khutbah JAIPk pada tahun 2023.

“Antara alasan yang mereka berikan kerana tidak membaca teks khutbah disediakan JAIPk kerana tidak dapat menggunakan komputer bagi mendapatkan teks khutbah mingguan berkenaan,”jelas beliau.

Mengulas lanjut, dia berkata, kelaziman teks khutbah memang disediakan di mimbar dan sekiranya ada yang membawa sendiri mahupun mempunyai teks lain, kesalahan itu sudah tentu nampak ketara.

Justeru, ujarnya, pada masa akan datang, pihaknya akan meminta pengerusi masjid dan jawatankuasanya memantau dalam memastikan teks khutbah yang sebenar perlu dibaca.

Sementara itu, Zakaria juga berkata, isu tersebut turut mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Jelasnya, baginda mahu agar tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat dan menyifatkan individu yang berperanan sebagai imam dan pegawai masjid seharusnya menjalankan tugas serta peranan sebagaimana ditetapkan dalam peraturan.

Tambah beliau, pentauliahan dan watikah sebagai imam ini, disampaikan oleh Tuanku dan semestinya baginda dukacita dan meminta tindakan tegas dilaksanakan.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah