PJRM ‘Back to School 2025’ tawar diskaun sehingga 30 peratus

PENAMPANG – Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back to School 2025’ anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersempena cuti persekolahan menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya menerima peruntukan sebanyak RM300 juta untuk melaksanakan agenda Payung Rahmah dan PJRM.

“Kita berusaha mencari program-program bersasar yang memerlukan sentuhan kita untuk meringankan beban masyarakat.

“Kita telah mengenal pasti bahawa program yang dilaksanakan iaitu PJRM ‘Back to School’.

“Program ini bermula sejak 18 Januari sehingga 16 Februari 2025.

“Melalui program ini, para pengguna berpeluang mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan dengan diskaun antara 10 hingga 30 peratus menjadikannya lebih murah berbanding harga pasaran.

“PJRM ‘Back to School’ membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak menjelang sesi persekolahan baharu,” katanya dalam sidang media semasa Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di sini pada Ahad.

Tambahnya, sebanyak 174 pasar raya, pusat beli-belah dan kedai pakaian terlibat dalam PJRM ‘Back to School 2025’ yang dijalankan secara dalam premis dan luar premis.

Setakat 8 Februari, sebanyak 101 siri PJRM ‘Back to School’ telah dilaksanakan daripada 243 siri yang disasarkan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk takwim PJRM melalui pautan rasmi KPDN.

Related Posts

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PAKATAN Harapan (PH) dilihat mempunyai kelebihan dari segi sokongan politik yang lebih menyeluruh di Negeri Sembilan berbanding Barisan Nasional (BN), terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

KOTA KINABALU – Naib Presiden USNO (Bahagian Akademik), Dr Safirah Jaan Jaafar mengumumkan peletakan jawatan beliau daripada kepimpinan parti itu selepas menyifatkan dirinya berada dalam keadaan ‘tersepit’ susulan kemelut dalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

PH dilihat miliki kelebihan sokongan lebih menyeluruh di Negeri Sembilan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

USNO terus bergolak, Naib Presiden letak jawatan

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Guru Sabah harumkan nama negara di pentas antarabangsa

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Sidang DUN Johor bertukar panas, kenyataan Onn Hafiz cetus tanda tanya

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Sim-Sim esok