ADUN mahu fokus bantu golongan miskin tegar di Inanam

INANAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Datuk Peto Galim mahu fokus untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan melaksanakan setiap rancangan serta projek kerajaan yang memberi manfaat kepada penduduk Inanam. 

Menurutnya, jumlah Ketua Isi Keluarga (KIR) B40 miskin tegar di Inanam masih ramai iaitu dalam anggaran kira-kira seramai 700 orang manakala kumpulan miskin kira-kira 1,000 orang.

“Jadi harapan kita adalah membawa projek dan idea pembangunan kerajaan ke kawasan Inanam supaya kita lebih tertumpu kepada ibu-ibu suri rumah yang tergolong di dalam kawasan miskin dan miskin tegar. 

“Inilah rancangan kerajaan dan kita bawa rancangan dan tindakan ini kepada rakyat. 

“Selain itu, banyak bantuan kerajaan yang sedang berjalan sekarang.

“Pada Februari tahun ini, bermulanya pembayaran RM300 kepada setiap B40 miskin tegar selama setahun dan pelbagai bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” jelasnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program ‘Wanita Perkasa: Bangkitlah Jiwa Yang Tenang’ anjuran Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) di Dewan Serbaguna Kampung Nountun di sini pada Ahad.

Peto yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata penganjuran program yang membawa manfaat kepada rakyat akan terus diperbanyakkan khususnya di Inanam.

“Seperti yang kita telah menjajarkan pada tahun ini supaya program-program yang mengangkat kepentingan dan kebaikan kepada rakyat seperti ini akan diteruskan. 

“Kepentingan dan keperluan ibu-ibu, adik-adik para suri rumah ini dapat diangkat dan diketengahkan,” tambahnya.

Beliau berkata keperluan perbelanjaan tidak menjadi halangan bagi meneruskan penganjuran program untuk rakyat. 

Dalam pada itu, Peto juga berpuas hati dengan penganjuran program ini yang memberi manfaat kepada lebih 200 rakyat Inanam yang hadir. 

Antara pengisian menarik yang disediakan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, bicara santai bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan sumbangan bakul bantuan makanan kepada yang hadir.

Related Posts

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

KUNAK – Pergerakan Beliawanis Bahagian Kunak tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial susulan dakwaan memfitnah ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif.  Ketuanya, Dayang Azmirah Syakinah Datu Halun berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

TAWAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal konsisten dan komited menyantuni asnaf sebagai usaha menyemai kebahagiaan dan kegembiraan golongan itu sempena Hari Raya Aidilfitri ini.  Rina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gagal urus KFA, Sanusi perlu letak jawatan sebelum bertambah parah

Gagal urus KFA, Sanusi perlu letak jawatan sebelum bertambah parah

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS