Jailani masih dianggap ADUN BN – Ibrahim Durum

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis masih dianggap sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) meskipun ada pihak mendakwa dia telah menyertai parti lain.

Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, ini kerana Jailani masih gagal menjawab surat balas rasmi berhubung isu melompat parti biarpun tempoh 14 hari telah diberikan.

Menurutnya, surat itu telah diserahkan kepada Muhammad Jailani ketika beliau hadir di pejabatnya di Seri Negeri pada 18 Julai lalu dan turut disaksikan pembantu setiausaha DUN.

“Tanggapannya masih ADUN BN walaupun orang luar katakan melompat parti, tapi selagi saya tak dapat surat saya tak boleh buat keputusan berdasarkan cakap-cakap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’ Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai dekat sini pada Ahad.

Jelas Ibrahim, isu ini akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih DUN selewat-lewatnya Jumaat ini untuk diputuskan kedudukan Jailani selepas beliau didakwa gagal menjawab surat tersebut.

Ujarnya lagi, selagi mesyuarat itu belum dilaksanakan selagi itu beliau tidak boleh meramalkan sebarang keputusan sama ada akan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN berkenaan atau sebaliknya.

“Mesyuarat ini dijangka diadakan minggu depan yang dianggotai ADUN, Exco dan Penasihat Undang-undang Negeri dan selepas itu baharulah kita tahu apa tindakan seterusnya,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai Pas.

Katanya, kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu sebelum DUN Melaka meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka Pindaan 2023 pada 31 Julai 2023.

UMNO tahun lalu menggantung keahlian Muhamad Jailani selama enam tahun kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Pada Mac 2020 lalu, Muhammad Jailani antara empat wakil rakyat PH di Melaka yang bertindak menyokong gabungan PN selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari sehingga kerajaan PH Melaka tumbang.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda