Tiada sebarang maklumat Jho Low di China – Anwar

BAYAN LEPAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai keberadaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikatakan kini menetap di sebuah kawasan elit di Shanghai, China dengan menggunakan pasport Australia palsu.

Anwar berkata, setakat ini kerajaan Malaysia belum mendapat sebarang maklumat sahih berhubung perkara tersebut.

“Saya tak dapat maklumat, kita (Malaysia) belum dapat apa-apa maklumat (mengenai perkara itu).

“Saya dah baca (laporan mengenai keberadaan Jho Low) dan saya akan semak dengan Menteri Dalam Negeri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks MADANI Teluk Kumbar di sini hari ini.

Terdahulu, dua wartawan penyiasatan terkenal, Bradley Hope dan Tom Wright, mendedahkan bahawa Jho Low dipercayai kini menetap di kawasan eksklusif Green Hills, Shanghai, serta beroperasi dari sebuah pejabat di Pusat Kewangan Shanghai.

Laporan yang dikemukakan dalam siaran langsung Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright pada Jumaat itu turut menyatakan bahawa Jho Low menggunakan pasport Australia palsu dan memandu kenderaan mewah di sana.

Lebih mengejutkan, pendedahan tersebut turut mendakwa bahawa individu utama dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada kerajaan China.

Untuk rekod, pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan dana SRC International, anak syarikat 1MDB.

Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan bahawa dana berkenaan merupakan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi sebagaimana didakwa sebelum ini.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan