Jabatan Perikanan analisis menyeluruh kes pencemaran Sungai Kuala Juru

GEORGE TOWN – Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengambil tindakan segera melaksanakan persampelan semula di Sungai Kuala Juru susulan laporan pencemaran dan gangguan kualiti air yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan hasil laut serta sumber pendapatan ratusan nelayan dan pengusaha akuakultur di kawasan berkenaan.

Persampelan yang dijalankan pada Rabu itu melibatkan pemantauan terhadap beberapa parameter kritikal termasuk biotoksin, logam berat dan status kualiti air bagi memastikan keselamatan hasil perikanan selain menyokong pelaksanaan analisis trend pencemaran yang lebih menyeluruh dan berasaskan data.

Pengarah Perikanan Pulau Pinang, Azimah Jumatli berkata, Sungai Kuala Juru merupakan antara zon pengeluaran hasil laut penting di negeri ini dengan keluasan ternakan kerang seluas 567 hektar melibatkan 27 lot ternakan aktif.

Menurutnya, jabatan turut mengambil perhatian terhadap kebajikan komuniti perikanan setempat membabitkan 209 nelayan marin serta pengusaha akuakultur yang terkesan akibat gangguan terhadap aktiviti dan hasil pengeluaran.

“Pemantauan turut dijalankan terhadap tujuh pengusaha ternakan ikan siakap dan udang putih dengan keluasan keseluruhan 72.69 hektar.

“Pada masa ini, jabatan sedang melaksanakan penilaian terperinci bagi mengenal pasti implikasi ekonomi serta anggaran kerugian yang dialami pengusaha terlibat bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tumpuan jabatan ketika ini adalah kepada pelaksanaan pemantauan di lapangan, penilaian teknikal serta sokongan bantuan yang berterusan bagi mengurangkan impak terhadap sumber pendapatan komuniti terlibat.

“Pihak jabatan turut memberi fokus kepada usaha memastikan persekitaran perairan kembali berada pada tahap selamat dan kondusif supaya aktiviti perikanan serta akuakultur marin dapat diteruskan secara mampan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Azimah berkata, analisis lanjut turut dijalankan bagi membezakan kemungkinan sumber pencemaran organik daripada pelbagai punca yang berpotensi menjejaskan ekosistem perairan.

“Analisis makmal turut dilaksanakan secara menyeluruh bersama Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung serta Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan kualiti air tersebut.

“Kita juga memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan serta pihak berkuasa negeri dalam mempertingkat pemantauan, penguatkuasaan dan pelaksanaan langkah mitigasi bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang,” katanya.

Menurutnya lagi, langkah susulan akan diteruskan secara berfokus bagi melindungi kebajikan komuniti perikanan dan akuakultur di Kuala Juru melalui pendekatan bersepadu demi memastikan kelestarian sumber perikanan, keterjaminan makanan negara serta kesejahteraan komuniti nelayan dan penternak dalam jangka panjang.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 100 penternak kerang dan nelayan di Kampung Kuala Juru, Seberang Perai Tengah berdepan kebimbangan apabila pencemaran Sungai Juru didakwa semakin serius sejak setahun lalu sehingga menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Pencemaran yang disyaki berpunca daripada pembuangan sisa kilang dan sisa kolam ternakan udang di kawasan berkenaan menyebabkan lebih 50 peratus hasil pendapatan penternak dan nelayan terjejas susulan kematian kerang serta ikan di sungai tersebut.

Masalah tersebut menjadi semakin serius selepas pintu saliran sisa buangan kilang di Sungai Derhaka yang bersambung dengan Sungai Juru dibuka semula selepas sekian lama ditutup.

Related Posts

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus memperhebat usaha pemuliharaan kawasan semula jadi di Ulu Baram menerusi cadangan pewartaan Keluan Hill sebagai taman negara baharu yang turut merangkumi kawasan air terjun Three…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

MIRI – Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Bahagian Miri menjadi platform penting dalam memperkasa golongan belia agar lebih berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan selaras dengan keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas