Israel pengganas sebenar, bukan aktivis Global Sumud Flotilla – Mahfuz

NAIB Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar mengecam sekeras-kerasnya tuduhan Menteri Israel yang melabel aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas.

Mahfuz berkata, tuduhan ini bukan sahaja tidak berasas, malah melampau dan memutar belit fakta sebenar.

“Flotilla Sumud datang tanpa senjata. Mereka membawa makanan untuk mengisi perut penduduk Gaza yang sengaja dilaparkan oleh rejim Zionis.

“Mereka membawa ubat untuk merawat luka yang disebabkan oleh serangan bom dan peluru Israel sendiri.

“Flotila datang dengan hati, bukan dengan senjata. Israel datang dan menunggu dengan peluru, bukan dengan nurani,” katanya.

Menurutnya lagi, pengganas sebenar ialah Israel. Pengganas ialah mereka yang membedil hospital, membunuh kanak-kanak, mengebom sekolah, dan menanam ribuan mayat warga emas, wanita serta bayi di bawah runtuhan bangunan.

“Jika membawa roti, beras dan ubat dianggap keganasan, maka apa nama perbuatan melancarkan peluru berpandu ke atas bayi yang tidak berdosa?

“Inilah wajah hipokrasi dan kezaliman Israel yang cuba dibungkus dengan naratif palsu.

“Israel pengecut takut pada kebenaran yang datang dari rakyat biasa tanpa senjata, hanya kerana mereka membawa harapan dan solidariti,” ujarnya.

Mahfuz berkata, dunia jangan lagi terpedaya dengan label ‘pengganas’ ciptaan Israel.

Hakikatnya, kata Mahfuz, apa yang berlaku di Gaza adalah penjajahan, apartheid dan pembersihan etnik paling kejam di abad ini.

“Flotilla Sumud datang dengan hati, bukan dengan peluru. Mereka datang untuk menyelamatkan nyawa, sementara Israel terus meragut nyawa.

“Kita menyeru seluruh dunia, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OIC dan negara-negara berdaulat, agar menghentikan permainan fitnah Israel ini,” ujarnya.

Justeru, masyarakat dunia perlu mengiktiraf keberanian aktivis kemanusiaan, serta mengambil tindakan tegas terhadap rejim Zionis yang berterusan melakukan jenayah perang terhadap Gaza dan Palestin.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi