PM doa misi FFC ke Gaza dipermudah, suntik semangat kepada sukarelawan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa serta kata-kata semangat kepada sembilan aktivis dan sukarelawan Malaysia yang kini menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) menuju ke Gaza.

Beliau berkata, kesemua mereka kini berada di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang sedang berlayar di tengah Laut Mediterranean dan telah memasuki zon kuning.

“Alhamdulillah, saya sempat menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukarelawan kita di atas kapal Conscience dan TM Denmark Boat yang kini berada di tengah laut Mediterranean serta telah memasuki zon kuning.

“Saya suntikkan semangat dan mendoakan agar perjalanan dan usaha mereka menuju Gaza dipermudahkan,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini.

Ujarnya, pengorbanan para sukarelawan dalam mengangkat prinsip kemanusiaan merupakan contoh unggul buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, mengenai erti keberanian, tekad dan solidariti yang tuntas.

Delegasi Malaysia dalam misi FFC diketuai oleh Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali selaku ketua delegasi tempatan yang menaiki kapal Conscience dan berlepas dari Porto Otranto, Itali, pada 30 September lalu.

Misi itu turut disertai tiga doktor perubatan tempatan, iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, wartawan Syafik Shukri Abdul Jalil, pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail, serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar.

Seorang lagi doktor perubatan tempatan, Dr Maziah Muhammad, turut menyertai misi berkenaan tetapi menaiki kapal Umm Saad bersama tujuh kapal layar lain yang berlepas dari Catania, Sicily, pada 27 September lalu.

Terdahulu, seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Ramon, Israel, bagi menaiki pesawat khas ke Istanbul, Turkiye.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi