Israel akui tiada rancangan hantar bantuan kemanusian ke utara Gaza

KEMENTERIAN Pertahanan Israel mengesahkan bahawa tiada sebarang rancangan untuk menghantar bantuan kemanusian segera ke Semenanjung Gaza utara yang terkepung susulan tiada arahan diterima daripada kepimpinan politik ketika ini.

Pengakuan itu muncul ketika tentera Israel berdepan dengan kecaman yang semakin meningkat berikutan pengepungan berbulan-bulan di wilayah utara Palestin tersebut yang menyebabkan ratusan rakyat terbunuh dan ratusan ribu lagi dinafikan akses kepada makanan, air, dan bekalan perubatan, lapor Middle East Eye.

Dalam satu kenyataan kepada MEE, jurucakap kementerian pertahanan seolah-olah menyalahkan ketiadaan arahan daripada kepimpinan politik yang menjadi punca kepada ketiadaan perancangan dalam penghantaran bantuan segera.

“Memandangkan tiada arahan diterima daripada kepimpinan politik mengenai perkara itu, tiada proses perancangan, prosedur tender, atau sebarang penglibatan sedang dijalankan.

“Pihak pertahanan akan terus beroperasi sepenuhnya mengikut arahan kerajaan serta mematuhi undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap itu.

Kenyataan tersebut dihantar kepada Middle East Eye (MEE) sebagai respons terhadap soalan mengenai cadangan oleh syarikat logistik Amerika Syarikat untuk menubuhkan pusat pengedaran bantuan serta sebuah ‘komuniti berpagar’ di Beit Hanoun, utara Gaza.

Moti Kahana, ketua Global Delivery Company, minggu lalu memberitahu MEE bahawa cadangan ‘Uber zon perang’ miliknya mendapat sokongan daripada pegawai pertahanan dan ketenteraan, tetapi masih belum diluluskan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu walaupun ia telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Oktober.

Kahana menuduh Netanyahu ‘bermain politik’ dan menyatakan bahawa hala tuju kerajaan kini tidak jelas, terutama selepas pemecatan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dan pemilihan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat.

Pada Ahad, sekurang-kurangnya 36 orang, termasuk 15 kanak-kanak, terbunuh akibat serangan Israel ke atas dua buah rumah di utara Gaza.

Tentera Israel secara meluas dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia dan organisasi bantuan melaksanakan kempen pembersihan etnik yang dikenali sebagai ‘Pelan Jeneral’, selepas kira-kira 400,000 orang diarahkan untuk berpindah daripada utara Gaza ke selatan Gaza bulan lalu.

Tuduhan itu disuarakan pada Ahad lalu oleh akhbar Israel, Haaretz, yang memetik kenyataan daripada komander Israel semasa lawatan media ke kawasan tersebut di mana seorang pegawai ditugaskan untuk ‘membersihkan kawasan’ dan mengalihkan bantuan kemanusian daripada utara Gaza ke selatan Gaza, manakala seorang lagi pegawai perlu menghalang oranga wam daripada kembali ke utara.

“Pembersihan etnik Netanyahu di Gaza jelas kelihatan, adalah penting untuk menyebut perkara ini dengan nama yang sebenar,” kata Haaretz.

Pembunuhan Bersasar
Namun, penduduk di utara Gaza memberitahu Middle East Eye (MEE) bahawa mereka kini menghadapi kebuluran di samping pengeboman dan serbuan harian oleh tentera rejim Israel.

Pada Isnin, Haaretz turut melaporkan masalah penghantaran bantuan di selatan Gaza, di mana tentera Israel didakwa membenarkan kumpulan bersenjata merompak konvoi bantuan yang memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom.

Dengan memetik sumber dari organisasi bantuan antarabangsa, Haaretz melaporkan bahawa serangan tersebut berlaku hanya beberapa ratus meter dari tentera Israel di kawasan yang berada di bawah kawalan penuh Israel.

Beberapa warga Palestin yang bekerja untuk pasukan keselamatan tempatan di Khan Younis memberitahu Middle East Eye (MEE) bahawa mereka telah diserang oleh tentera Israel ketika menyediakan perlindungan untuk bekalan bantuan yang masuk ke Gaza.

“Kami dibom ketika sedang mengawal keselamatan bantuan,” kata Hussain al-Amouri, 17 tahun, yang menyatakan beliau bekerja dengan sebuah syarikat logistik antarabangsa yang menghantar bekalan vaksin dan perubatan.

“Kami dibenarkan untuk berada di kawasan kepungan bersama koordinasi dan kontrak awal tidak lama kemudian kami disasarkan dengan dron pengawasan, empat orang berada dalam kereta dan semuanya terbunuh.”

Zaid al-Omor memberitahu MEE bahawa abangnya, Mohammed al-Omor, yang merupakan ketua pasukan keselamatan bantuan di kawasan tersebut, adalah salah seorang daripada empat orang yang terbunuh.

“Mereka dijanjikan keselamatan tetapi tiada keselamatan pada realitinya. Abang saya sedang mengawal kemasukan bahan bakar dan ubat-ubatan pada hari dia terbunuh,” kata Zaid al-Omor.

Pada Jumaat, Jawatankuasa Kajian Kelaparan bebas (FRC) memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan besar kelaparan yang bakal berlaku di kawasan di utara Gaza.

“Tindakan segera, dalam masa beberapa hari dan bukan minggu, diperlukan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam konflik ini, atau yang mempunyai pengaruh terhadap pelaksanaannya, untuk mengelakkan dan meringankan keadaan bencana ini,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Ketua beberapa agensi PBB dan organisasi kemanusiaan antarabangsa pada awal bulan ini menggambarkan keadaan di utara Gaza sebagai “apokaliptik”.

“Seluruh penduduk Palestin di Gaza Utara berisiko mati akibat penyakit, kebuluran, dan keganasan,” kata mereka.

Related Posts

Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menangani isu subsidi pada masa ini adalah lebih bersasar dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh, bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data