Inkues Zara: Saya tidak arah tutup suis telefon awam – Ketua Warden

KOTA KINABALU – Ketua warden asrama di sekolah Allahyarhamah Zara Qairina, Azhari Abd Sagap pada Rabu memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak memberi arahan untuk menutup telefon awam di asrama tersebut.

Azhari berkata, beliau hanya mengingatkan agar pelajar tidak membuat panggilan pada 16 Julai lalu.

“Saya tiada (beri) arahan telefon awam ini ditutup cuma pada 16 Julai saya maklumkan kepada group WhatsApp warden dan seorang guru, ayat saya sana ‘haramkan pelajar membuat panggilan hari ini’, saya tidak arah tutup suis ka apa ka, itu sahaja,” jelasnya.

Azhari berkata demikian di hadapan koroner Amir Shah Amir Hassan ketika diminta memberi keterangan dalam prosiding inkues di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Saksi kelapan itu berkata, langkah tersebut diambil bagi mengelakkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa serta menghindari tersebarnya berita tidak sahih.

“Sebab tujuan utama saya supaya ibu bapa tidak risau, itulah tugas saya sebenarnya. Saya tidak mahu ibu bapa risaukan anak-anak.

“Dan saya tidak mahu ada berita-berita tidak sahih ini keluar,” ujarnya.

Jelasnya, pelajar masih boleh menghubungi ibu bapa melalui guru sekiranya berlaku kecemasan.

Malah, katanya ada pelajar yang dibenarkan pulang kerana sakit dan juga disebabkan ada ahli keluarga yang nazak.

Ketika disoal adakah beliau tahu berapa lama tempoh telefon awam itu ditutup, Azhari berkata, beliau tidak pasti mengenai hal tersebut.

“Saya tidak pasti cuma pada arahan saya pada 16 hari bulan itu sahaja, saya chat sana pada ‘hari ini’, pada 17 hari bulan saya tiada beritahu untuk ditutup,” jelasnya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan