Indeks utama dijangka diniagakan positif minggu depan

KUALA LUMPUR – Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,640 hingga 1,670 minggu depan, dengan trend keseluruhan kekal positif berikutan prospek ekonomi menggalakkan, pendapatan korporat lebih baik, ringgit yang kukuh dan minat daripada pelabur luar meningkat.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata, petunjuk makroekonomi terkini (dari Amerika Syarikat) menunjukkan potensi trajektori meningkat untuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

“Jangkaan pasaran untuk penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September diperkukuhkan oleh beberapa data dikeluarkan menunjukkan kepada peralihan dalam dasar monetari.

“Ini terutamanya, tuntutan pengangguran mingguan, Indeks Pengurus Pembelian awal dan angka inflasi pada Julai yang berada di bawah anggaran konsensus, memberikan bukti kukuh untuk pendirian yang lebih akomodatif daripada Fed.

“Apabila pelabur mula mengambil kira kemungkinan penurunan kadar faedah, pulangan ke atas simpanan tradisional dan pelaburan pendapatan tetap seperti bon, cenderung untuk berkurangan,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Mohd Sedek berkata pelabur mencari hasil yang lebih tinggi dijangka akan beralih ke rantau Asia Pasifik, dengan Malaysia terutamanya akan mendapat manfaat daripada aliran masuk asing yang meningkat ke dalam pasaran modal dan hutang.

“Corak ini telah terbukti pada minggu lepas (sejak 13 Ogos hingga sekarang) dan kami menjangka trend ini akan berterusan.

“Berdasarkan prospek ekonomi yang menggalakkan, pendapatan yang lebih baik, ringgit yang kukuh dan minat daripada pelabur luar yang meningkat, kami percaya saham berkaitan pelaburan pusat data, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan sektor kewangan perlu diberi tumpuan sebagai peluang utama terutamanya dalam menjangkakan penurunan kadar faedah oleh Fed,” katanya.

Related Posts

KUSKOP perkukuh komitmen perkasa usahawan tempatan menerusi Program Halal Success

SANDAKAN – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa usahawan tempatan melalui pelaksanaan Program Halal Success KUSKOP yang menjadi platform penting meningkatkan daya saing, keupayaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rundingan tarif Malaysia-AS diramal hasil ‘menang-menang’

PUTRAJAYA – Malaysia yakin rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif import dapat mencapai situasi ‘menang-menang’ bagi kedua-dua pihak. Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka