Ilmu, buku merupakan harta paling bernilai – TYT Sarawak

MAGHRIBI: Tidak dinafikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar seorang yang sangat mencintai ilmu pengetahuan.

Oleh itu, beliau tidak mahu melepaskan peluang berkunjung ke Universiti al-Qarawiyyin di Maghribi baru-baru ini.

“Saya sentiasa meletakkan ilmu dan buku sebagai harta paling bernilai dalam kehidupan saya,” kata beliau ketika bercuti di Maghribi baru-baru ini.

Kunjungan tersebut diadakan di Kota Marrakesh selepas berkunjung di Kota London baru-baru ini.

Semasa kunjungan tersebut, beliau dan isterinya, Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi sempat melihat manuskrip asal Mukaddimah Ibnu Khaldun Abad ke-12″ dan Terjemahan Asal Kitab “Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari” hasil karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani pada kurun ke-lapan.

Antara turut serta dalam kunjungan tersebut ialah anak-anak beliau serta rombongan Astana Negeri Sarawak.

Selain itu, beliau juga berkesempatan melawat perpustakaan yang terletak di Hotel Palaise Faraj pada Jumaat (2 Ogos).

Untuk makluman, Universiti al-Qarawiyyin diiktiraf sebagai universiti tertua oleh UNESCO dan Guinness World Records.

Menariknya, perpustakaan di universiti tersbeut masih dibuka sehingga kini semenjak tahun 859 Masihi.

Universiti tersebut diasakan oleh cendikiawan Islam Fatima El-Fihriya pada tahun 859 iaitu pada tahun yang sama Algebra diperkenalkan.

Antara ilmuwan Islam yang pernah menghadiri universiti berkenaan ialah Abu Abdullah Al-Sati, Abu Al-Abbas al-Zwawi, Ibn Rashid Al-Sabti, Ibn Al-Haj Al-Fasi dan Abu Madhab Al-Fasi.

Malah, al-Idrisi, Ibnu Maymun / Maimonids, Ibnu Khaldun dan Ibnu al-Arabi pernah menjadi guru di Universiti al-Qarawiyyin.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi