ESSCOM mengalu-alukan penggemar sukan layar

SANDAKAN – Kehadiran penggemar sukan layar khususnya di Pantai Timur Sabah disambut baik oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Komandernya, Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya memberi keutamaan dalam memastikan jaminan keselamatan kepada para pelayar.

“Kehadiran peserta program saban tahun itu bertujuan membawa mesej kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa bahawa perairan Pantai Timur Sabah yang terletak di ESS Zone adalah selamat dan ESSCOM bertanggungjawab membantu penganjur memastikan keselamatan peserta terjaga.

“Penting untuk pencerahan serta keadaan sebenar kawasan ESSZone terutama Pantai Timur Sabah yang selamat selain mempunyai pemandangan alam semula jadi yang begitu cantik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melepaskan rali kapal layar yang menyertai Ekspedisi ‘Sail Malaysia Passage To The East 2024’ di perairan Sandakan, di sini, pada Jumaat.

Program yang bermula pada 26 Julai di Kudat bakal melabuhkan layar pada 26 Ogos 2024 di Semporna yang disertai oleh seramai 55 orang pelayar antarabangsa membawa 21 buah kapal layar dari 10 buah negara termasuk Malaysia.

Selain Malaysia, turut sama mengambil penyertaan dari negara Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Portugal, Filipina, New Zealand, Jerman, Switzerland, Slovenia dan Tanzania.

Turut hadir Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohd Ismail Kamarudin; Pengarah Urusan ‘Sail Malaysia Passage To The East 2024’, Sazli Kamal Basha; Ketua Pasukan, David Anderson dan Kapten bot Sunrise III, Russel Stephens.

Related Posts

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau