Ikut aku pitih aku, kata Annuar Musa

KETUA operasi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri bagi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa dipercayai ‘kurang senang’ dengan tindakan pihak tertentu mempersoalkan harga pakaian digayakan ketika satu majlis bersama masyarakat Orang Asli.

Dalam majlis itu, Annuar dilihat memakai baju berjenama yang berharga lebih RM13,000.

Tindakan bekas Ahli Parlimen Ketereh dikritik netizen kerana ketika mengenakan pakaian mewah itu, Annuar dirakam mengagihkan mi segera dan biskut kering kepada masyarakat Orang Asli sempena kempen PRK Nenggiri.

Ketika berceramah di Jeram Tekoh pada malam hari Jumaat, beliau seperti ‘gagal mengawal emosi’ apabila mempersoalkan pihak yang mendakwa pakaian itu terlalu mewah berbanding nilai bantuan diserahkan kepada penduduk Orang Asli.

“Musim pilihan raya patut tinggal kenderaan kerajaaan, guna kenderaan sendiri… ni marah kepada saya kenapa pakai baju mahal, ikut aku pitih (duit) aku.

“Pilihan raya nak bincang soal
Annuar Musa… nak tengok cincin dia, jam dia, tengok selipar dia.

“Memanglah Annuar bukan baru tubik (keluar) universiti… umur (dah) 68… nak mati esok lusa,” tegasnya.

Annuar menasihatkan jentera Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada isu lain daripada sibuk ‘berbincang’ mengenai pakaian digunakannya.

“Carilah isu lain… bukan bercakap pasal baju seluar yang saya pakai,” katanya lagi.

Annuar sebelum ini sudah beberapa kali dilihat tampil dengan mengenakan pakaian berjenama mewah selepas dipecat daripada UMNO pada Disember 2022.

Pemecatan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selepas mendapati pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) itu begitu lantang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related Posts

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

PUTRAJAYA – Pemimpin Wanita PKR membidas kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa UMNO adalah parti lebih kuat dan kurang dikritik berbanding pesaingnya seperti PKR dan Bersatu. Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

KUALA LUMPUR – UMNO akan menggunakan pendekatan ‘di luar kotak’ termasuk kaedah komunikasi bukan lisan, bagi menarik sokongan pengundi muda yang kini menjadi kumpulan majoriti dalam landskap politik negara. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM