Ibu negara dicemari laungan doktrin dendam politik pembangkang

KUALA LUMPUR – Ibu negara ketika ini dicemari dengan laungan berbaur provokatif apabila ribuan penyokong pembangkang mengadakan himpunan  Turun Anwar di sekitar Dataran Merdeka.

Walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan peringatan agar perhimpunan awam tidak menjejaskan ketenteraman dan keselamatan, kumpulan berkenaan tetap berdegil, malah membawa bersama anak-anak kecil dan bayi dalam suasan cuaca panas terik.

Tindakan tersebut mengundang persoalan tentang tahap tanggungjawab ibu bapa yang sanggup mempertaruhkan keselamatan anak-anak demi agenda politik.

Laluan dari Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ke Dataran Merdeka bergema dengan laungan ‘Turun Anwar’ dan ‘Bangkit, Bangkit’ apabila ribuan peserta telah berarak menuju ke lokasi akhir perhimpunan pembangkang itu

Difahamkan, selain kumpulan yang berarak dari Masjid Jamek, ribuan lagi peserta dijangka memulakan perjalanan dari pusat beli-belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka, yang menjadi titik perhimpunan utama.

Berdasarkan maklumat awal, pihak polis menjangkakan 10,000 hingga 15,000 peserta akan hadir dalam himpunan kali ini.

Namun penganjur daripada blok pembangkang mendakwa jumlah kehadiran boleh mencecah ratusan ribu orang, malah mereka optimis angka itu mampu meningkat sehingga hampir sejuta peserta menjelang kemuncak perhimpunan.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati sebahagian peserta mengenakan pakaian serba hitam sebagai simbol protes, namun kehadiran mereka turut menimbulkan kekecohan kepada pelancong asing dan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan luar biasa di pusat bandar.

Keadaan setakat ini dilaporkan terkawal dengan kehadiran anggota pasukan keselamatan yang melakukan pemantauan di beberapa lokasi strategik bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

Pihak polis turut menggunakan dron untuk memantau pergerakan peserta dan menilai keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Setakat jam 1 petang, peserta yang berada di Dataran Merdeka diminta berehat sehingga jam 2 petang sementara menunggu ketibaan pemimpin dan kumpulan peserta lain sebelum acara diteruskan.

Himpunan ini dianjurkan oleh gabungan pembangkang yang ditunjangi Pas sebagai simbol bantahan terhadap pentadbiran kerajaan sedia ada.

Berdasarkan pemerhatian, suasana setakat ini terkawal, namun bilangan peserta terus bertambah sejak pagi, menandakan himpunan ini bakal berlangsung dengan kehadiran besar menjelang petang.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar