Agensi, kementerian perlu proaktif jelaskan dasar negara kepada rakyat – KP JKOM

SETIAP kementerian dan agensi kerajaan perlu tampil ke hadapan untuk menjelaskan kepada rakyat tentang inisiatif dan reformasi yang telah mereka laksanakan, termasuk kesan langsung kepada kehidupan masyarakat, tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Ismail berkata, langkah berani ini perlu diambil agar rakyat tidak terus-menerus dibayangi kebimbangan terhadap dasar baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan, terutama dalam aspek ekonomi dan penyelarasan subsidi.

“Cabaran ini bukan hanya terletak pada pihak kerajaan semata-mata, tetapi turut melibatkan semua agensi termasuk agensi komunikasi dan setiap kementerian.

“Mereka perlu mempunyai keberanian untuk turun ke lapangan dan menjelaskan secara telus tentang reformasi yang telah dilaksanakan, inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan di peringkat kementerian dan agensi masing-masing, serta kesan langsungnya kepada rakyat,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih tampuk pemerintahan dalam keadaan yang mencabar, dengan mewarisi pelbagai bebanan dan legasi yang bukan mudah untuk diselesaikan.

Ismail juga menolak dakwaan bahawa kerajaan gagal menyelesaikan masalah ekonomi, khususnya isu hutang negara.

Menurut beliau, kenyataan sedemikian bersifat manipulatif dan tidak bersandar kepada fakta yang terperinci dan sebagai contoh, isu kenaikan tarif elektrik yang tular baru-baru ini turut disalah tafsir.

Beliau menjelaskan bahawa penstrukturan semula tarif elektrik yang diumumkan bukanlah membebankan, sebaliknya memberi keuntungan kepada majoriti rakyat bergantung kepada corak penggunaan.

“Kalau kita guna lebih, memang logiknya bayar lebih. Tapi bila dijelaskan, tarifnya sebenarnya lebih rendah untuk kategori penggunaan tertentu,” jelas beliau.

Ismail menegaskan bahawa kerajaan tidak berniat untuk membebankan rakyat, tetapi usaha-usaha rasionalisasi subsidi dan penyelarasan cukai dilihat seolah-olah sebagai ‘berita buruk’ semata-mata kerana kurangnya kefahaman dan penjelasan yang telus.

Beliau menyeru agar masyarakat mengambil peluang untuk meraikan segala pencapaian dan kebaikan yang telah dinikmati sejak kepimpinan baharu mengambil alih, hasil daripada komitmen dan iltizam kerajaan serta tanggungjawab rakyat dalam menjaga keberhasilan negara.

“Mari kita raikan kerana jutaan rakyat sebenarnya mnerima berbagai faedah sejak Kerajaan MADANI ini mengambil alih.

“Kita tak kata kita boleh selesai semua masalah atau kita tak kata ‘we are the best’, tapi berbanding dengan legasi yang terpaksa ditanggung, kita patut lafazkan syukur,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang