Henti sebarang spekulasi berkenaan Titah Adendum

PUTRAJAYA –  Masyarakat dinasihatkan tidak menangguk di air yang keruh dengan membuat spekulasi keputusan mahkamah membenarkan Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyeru agar semua pihak menghormati keputusan proses mahkamah dan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak dilihat boleh mengganggu perjalanan kes tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menyakini kebenaran berkaitan isu kewujudan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan terungkap melalui sistem kehakiman yang bebas dan berwibawa. 

“MCW mengambil maklum keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Datuk Seri Najib untuk meneruskan Semakan Kehakiman ke peringkat kedua (merit).

“Keputusan ini memberi ruang kepada isu berkaitan kewujudan Titah Adendum untuk dibicarakan secara menyeluruh di Mahkamah Tinggi di hadapan hakim yang berbeza,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Dalam pada itu, Jais menganggap situasi di Malaysia dilihat berbeza dengan negara lain apabila di sini rakyat memikirkan masalah pemimpin, sedangkan seharusnya wakil rakyat fokus terhadap kebajikan masyarakat.

“MCW mengalu-alukan keputusan ini kerana ia mencerminkan keupayaan sistem kehakiman negara untuk menilai setiap kes secara adil dan telus.

“Proses undang-undang yang dijalankan perlu memastikan bahawa semua pihak diberikan peluang yang adil untuk membela diri dan mengemukakan bukti,” katanya.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa menteri dalam negeri dan kerajaan untuk menguatkuasakan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Dalam keputusan 2-1, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh hakim Azizah Nawawi memutuskan agar kes ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman.

Najib bergantung kepada afidavit anaknya, Nizar, serta surat dari istana Pahang yang mengesahkan kewujudan adendum diraja (Sultan Pahang sekarang adalah Yang di-Pertuan Agong sehingga 30 Januari tahun lalu).

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa bahawa terdapat titah diraja tambahan yang bertarikh 29 Januari tahun lalu, yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Adendum yang didakwa itu adalah tambahan kepada titah diraja utama yang mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM50 juta.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan