‘Usah desak kerajaan, keputusan tahanan di rumah perlu lalui proses mahkamah’

KEHANGATAN isu Titah Adendum kini dilihat mulai menjadi modal buat ramai pihak membuat tafsiran dan kesimpulan tersendiri.

Ditambah pula dengan tuduhan Pas terhadap pemimpin hari ini yang menjulang isu tersebut seolah-olah titah itu diingkari dan pelbagai lagi, walhal ia melibatkan bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang semestinya tiada kaitan dengan puak mereka.

Dan sehingga ke hari ini, titah itu dijadikan bahan politik dalam menyelar dan membuat tuduhan tidak berasas kepada pihak kerajaan.

Hakikatnya, kerajaan tegas mengatakan prosedur dilakukan mereka mengikut saluran undang-undang yang tepat sebaik mengetahui titah itu wujud.

Ia termasuklah rayuan kebenaran semakan oleh mahkamah sehingga ada yang kurang cakna beranggapan, bekas Perdana Menteri itu telah berjaya untuk menjalani hukuman tahanan di rumah.

Menjelaskan secara terperinci berkaitan hal itu, seorang peguam yang juga Ahli Parlimen Pulai, Jimmy Puah Wee Tse tampil memberitahu, kemenangan bekas Najib dalam rayuan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan Isnin lalu bukanlah bermakna kerajaan perlu mengikut Titah Adendum sebagaimana pemahaman segelintir pihak.

Menurut beliau, selepas kemenangan kelmarin Najib masih perlu melalui proses di Mahkamah Tinggi mengesahkan Titah Adendum tersebut dan seterusnya apakah beliau dibenarkan untuk menjalani tahanan di rumah sebagaimana titah tersebut.

Oleh itu, katanya, sesiapa pun tidak perlu mendesak kerajaan melaksanakan titah berkenaan kerana terdapat beberapa peringkat mahkamah yang perlu dilalui.

“Semalam (kelmarin) sudah dapat kebenaran. (Najib berjaya dapat kebenaran mulakan prosiding semakan kehakiman), jadi apa langkah seterusnya?

“Maknanya bila dapat kebenaran, kes ini akan pergi ke kes pendengaran substantif (pengesahan Titah Adendum dan apa perlu dibuat kerajaan).

“Sama ada ketika di peringkat itu kes tersebut akan berjaya atau tidak… itu akan diputuskan bila ada pendengaran substantif,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebooknya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi PKR Johor menjelaskan, apa yang diperolehi Najib pada Isnin lalu adalah kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman kerana tanpa kebenaran itu mahkamah tidak boleh bersidang mendengar kes tersebut.

“Yang penting ‘kebenaran’… itu sahaja.. sebab untuk apa-apa kes di mahkamah kehakiman, ianya ada dua peringkat.

“Pertama, ia kena mendapat kebenaran dahulu.. mungkin (ada) yang tanya kenapa nak kebenaran? Sebab kes ini melibatkan kerajaan.

“Kalau kita tidak ada satu tapisan untuk kebenaran, maka semua orang dalam Malaysia mungkin akan mengambil tindakan yang remeh terhadap kerajaan.

“Maka kerajaan akan habiskan banyak masa untuk cuba membela kes. Maka undang-undang di Malaysia, apabila sampai semakan kehakiman, ia ada keperluan untuk kebenaran terlebih dahulu,” jelas beliau lagi.

Najib kini bergantung kepada afidavit anaknya, Datuk Mohamad Nizar serta surat dari istana Pahang yang mengesahkan kewujudan titah tersebut.

Titah tambahan itu adalah tambahan kepada titah utama yang mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM50 juta.

Najib disabitkan bersalah dalam pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang