Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi.

Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah tersebut tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, pengisian akhir dibuat susulan penangguhan saat akhir sebahagian jemaah atas faktor seperti kematian, kemalangan dan masalah kesihatan, dengan kekosongan diganti segera tertakluk kepada kelulusan sistem Nusuk serta pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya, setiap kekosongan akan segera diisi calon lain dalam senarai menunggu, yang lazimnya perlu memberi maklum balas dalam tempoh singkat serta menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera.

“Lembaga Tabung Haji sememangnya mempunyai susunan tersendiri bagi menentukan keutamaan individu yang dipilih menggantikan tempat yang ditolak,” katanya, lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama, Mohd Hisham memaklumkan setakat minggu ketiga operasi haji, seramai 15,175 jemaah Malaysia selamat tiba di Tanah Suci, bersamaan 48 peratus daripada keseluruhan jadual penerbangan.

Related Posts

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam. Beliau dalam kenyataan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi